When my baby kicks…
Adakah anakku sedang bersilat-silat di dalam perut? Atau mungkin sedang melakukan aksi-aksi acrobatics.
First time nampak movement dia masa second check up. Masa tu about 7 weeks. He was like showing off his hands and legs.Lepas satu, satu dia tunjuk. “Mummy, this my hand, this is my leg”. And then, he gone to sleep.
As he grow older, dah bleh rasa dia punya acrobatic. Kalau dilayan bercakap lagi la best. My baby is responding to my words! But rarely to my hubby’s..huhu
Now, every time check up dia akan bergerak dgn aktifnya. Kejap pusing sana, kejap pusing sini. Even kaki dia baru 3cm, dia punya tendang sampai saya tak leh tido.
Aduhai anakku….
Guli
Dulu kita semua budak-budak…masa saya kecik-kecik, saya suka main guli.Tapi entah kenapa, hari ini bila ada ‘anak-anak’ saya yang membawa guli ke sekolah, saya akan ‘menyimpan’ guli mereka. Dalam hati saya, saya sebenarnya risau depa akan tertelan guli tersebut.Saya musykil, kenapa budak-budak kecik dari zaman dulu sampai sekarang suka main guli? Kenapa saya macam tak bagi budak-budak ni main guli?
Ermmm….sebenarnya, saya pernah tertelan guli masa kecik-kecil dulu…hahahaha…
Buta komputer membawa kepada syirik
Adakah kawan-kawan percaya atau setuju dengan tajuk saya seperti yang di atas? Setuju atau tidak, saya perlu tegaskan bahawa apa yang akan saya tulis sebentar nanti adalah KISAH BENAR. Seperti biasa, watak, tempat kejadian dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya akan saya rahsiakan. So, jangan ada sesapa yang berani tanya pada saya.
Di suatu malam, Busan mengajak rakan-rakan serumahnya datang ke biliknya. Mereka semua adalah pelajar-pelajar di sebuah IPT tempatan. Rakan-rakan Busan duduk mengelilingi Busan yang sedang menggodek-godek komputer. Busan membuka sebuah laman web.
Tertera ruangan soalan di laman web tersebut. Busan pun menulis, siapa yang berada di dalam bilik ini. kemudian ENTER! Tiba-tiba terteralah jawapan:
Badul, State, Apam, Grass, Botak dan Lembut.
“Ish…macamana dia tau?”
“Merepeklah”
Itu adalah antara reaksi spontan mereka. Busan menambah soalan, ” Siapa yang tak percaya” Enter!
Badul dan Grass
“Di mana kamu tinggal?”
Di atas pokok luar kolej XXX
Semua memandang muka Badul dan Grass. Busan semakin galak. Dia mula menaip soalan-soalan yang berkaitan dengan rakan-rakannya. Lutut yang lain mula menggeletar kerana jawapan yang keluar semuanya betul belaka! Pendek kata mereka percaya bahawa ada satu spirit di sebalik laman web tersebut yang mampu memberi jawapan kepada soalan-soalan Busan dan soalan-soalan mereka.
Mereka mula lemah semangat. Ada yang demam-deman sampai overdose panadol. Ada yang tak boleh celik mata langsung sebab kalau celik mata akan nampak hantu. Macam-macam…
Mereka tidak tahu bahawa mereka telah ditipu oleh Busan yangmempermain-mainkan mereka menerusi game tersebut.
Budak-budak ni pulak buta IT dan tidak kuat iman sampai tak boleh terpikir yang game macam tu boleh wujud dalam dunia sekarang. Secara tak sedar, game tersebut boleh membawa syirik kepada mereka yang mempercayai spirit atau jin website tersebut.
Pengajaran saya:
- Janganlah kita suka sangat mempermain-mainkan orang. Takut orang yang dipermainkan tu nanti percaya sangat sampai lemah semangat dan syirik.
- Zaman sekarang kena tau pasal komputer dik. Macam-macam manfaat dan keburukan boleh dapat dgn blaja komputer. Harapnya, iman lah yang akan membantu.
- Mane wujud spirit-spirit komputer ni.
- TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN HANYA ALLAH YANG LAYAK DISEMBAH!!!
- Jangan tanya saya website tu website apa!
Mr & Mrs Spitzer III
Hehehe…
Cik Affiza oii..eh silap, Puan Affiza! Bilanya cerita Spitzer nak bersambung?
Hehehe… (Hanya ini jawapan yang mampu diberikan.hehehe…)
Ok la..ok la..sambung la. Nak ambil pedoman kan.
Sebenarnyakan, umah pasangan Spitzer ni ada 5 bilik tidur. Tapi satu bedroom tu dah di convert menjadi office. Normal lah utk ada working area dalam rumah kan tapi apa yang saya nak beritahu adalah… jeng..jeng..jeng…
Office dia dikhususkan untuk menkaji mengenai Islam, kekuatan umat Islam di seluruh dunia, cara-cara memperkuatkan Israel dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya!
Masa mula-mula masuk tu memang berapi la jugak hati saya kan. Rasa nak bakar pun ada tapi ku tahan jua. Mesti ada hikmah yang Allah nak ajar.
Memang betul..hikmahnya sangat besar bila saya bekerja di situ. Dan di situlah terletaknya salah satu sebab musabbab rasa untuk lebih teguh di dalam saff Islam.
Cuba kawan-kawan bayangkan, diorang dah la tua tapi semangatnya macam budak umur 15 tahun. Masa zaman tu, saya tak pernah ada inisiatif nak membelek mana-mana fatwa. Tapi bila saya bekerja di rumah itu, saya boleh membaca fatwa terkini Yusuf Qardawi secara percuma. Yela, dah terletak atas meja. Sambil kemas sambil baca la kan. Bersungguhnya depa. Dia lebih advance dari kita…
Bukan tu je..kawan-kawan kenal sape Umm Nidal? Kalau tahu, alhamdulillah. Kalau tak tahu, sile cari ye.
Dulu saya pun x kenal.Tapi sejak saya terbaca satu interview statement Umm Nidal dgn press mana ntah dalam office tu, balik saya pun search internet. Baru ku tahu dia adalah seorang manusia yang hebat. Membara-bara semangat saya dengan org Yahudi ketika itu.
Bukan sekadar tu, saya juga pernah terbaca satu artikel yang Mr. Spitzer ni tulis pasal Islam. Pasal undang-undang Islam, wasiat, kewangan etc. Masa saya baca, saya tak mengesan satu kesilapan pun kecuali dia kata Muhammad adalah pengasas agama Islam. Tu je..yang lain insyaAllah betul. Adeihhh…
Apa lagi yang saya pernah discover?
Bank statement dia. Bukan saya menggeledah tapi kan saya cleaner. Kena kemas barangan and kertas-kertas yang bersepah. Setiap bulan, tak kurang 10 persatuan Yahudi yang mendapat derma dari dia!
Persatuan Ibu Tunggal Yahudi, Persatuan Orang Buta Yahudi, Majlis Penyelidik Yahudi etc..
Kita ada buat sampai macam tu ke? Kalau derma pun ntah bape kali setahun. Ntah bape hinggit je kan..huhu
Tapi, despite of diorg punye research and daily work yang nampak memusuhi islam, diorg melayan saya dengan baik skali. Selalu bagi saya lemon, buah-buah utk bawak bali. Cakap pun elok2 je.
Well..dalam baik-baik ni pun, kami slalu gak argue pasal Yahudi dan Islam. Nak tau dialog kami?
Tggu next episod…insyaAllah tu yang last.
Waiting..
It is 1.04am
I am waiting for hubby to come home. I pray to Allah that the plant is ok. or at least back to normal. I heard that the pipe (i don’t what it is exactly) tripped and releasing H2S (Hydrogen Sulfide gas). The wind is currently blowing the gas to the nearest kampung. I know hubby and team work hard. Hope he’ll be back soon.
Snippet: Bahagianya dunia kalau sume org yang wat keje dakwah work harder than this team.
Semangat Juang Yang Membara!
Fuhh..fuhh..darah muda mula membuak-buak.
Kembali pada As-Solah! Kata-kata yang sering diulang-ulang dalam filem Sang Murabbi. Saya dan zauj baru hbs menonton filem yang lebih kurang 1 jam 30 minit ni. Apa yang boleh saya katakan, masih belum ada filem sebaik ini di Malaysia. Lebih-lebih lagi ia mengenai kegigihan seorang murabbi mentarbiyyah. huhu..begitu terasa kekurangan diri ini.
Sejak awal walimah, saya sering memberitahu pada zauj, andai kami dikurniakan mujahid pelapis kelak, saya begitu teringin anak kami nanti menjadi produser filem. Moga mujahid itu nanti akan menghasilkan filem-filem dakwah, cerita-cerita animasi yang berkualiti untuk menggantikan filem-filem merapu hari ini. Doakan kami!
Akhawat = Kurang sikit je lagi jadi ikhwah..
Suatu pagi semasa saya memanjat tangga di Kindy untuk mengecat mural, terdengar suara makcik Kiah, jiran saya berteriak, ” Engko ni macam jantan!”. Saya gelak sahaja. Iyelah, desperate nak siapkan mural before Open Day 2nd Nov ni. Zauj pulak busy memanjang..
Di saat itu saya terkenangkan kata-kata seorang murabbi. ” Akhawat sekarang ni kurang sikit je lagi jadi ikhwah.” Faham ke?
Maksudnya, akhawat ni dia punya kapasiti, kehendak dan kemampuan bergerak mampu menyaingi ikhwah cuma dia perempuan! Huhuu…bagaikan tertampar dengan statement itu.Terasa..haha. Tapi apakan daya. Kadang-kadang bukan nak jadi macam tu tapi tuntutan semasa.haha..adakah saya mencipta alasan?
Apapun saya masih lagi suka menggantung-gantung langsir, masak-masak, basuh baju, decorate rumah dan yang sewaktu dengannya. Yang mana zauj saya tak kuasa nak buat. Kadang-kadang saya sendiri yang tak bagi zauj buat. Well, pengalaman mengajar kita erti jimat cermat. Mana taknya, pernah satu hari saya tak sihat, zauj pun berikrar akan memasak pada hari tersebut. Bila saya ke dapur untuk membuat inspection, habis satu botol oyster sos untuk satu jenis sayur! Mak aii…hampir gugur jantung saya.
Apapun, pesanan saya pada akhawat di luar sana. Kalu akhawat saja nak ke Melbourne dr Adelaide or vice versa..fikir-fikir la impak nya dulu. Hahaha…Kurangkan la sifat-sifat ke’ikhwah’an yang ada pada akhawat. Kurangkan aktiviti balik rumah, tukar baju dan keluar semula. Tambahkan sifat-sifat kewanitaan dalam diri akhawat je..hihi
Ketupat Lagi
Salams..
Maybe I should update about my ketupat lesson. As expected, a day before raya, I was kalut-kalut to get daun kelapa untuk buat ketupat. Jenuh pusing pasar-pasar di Tanah Merah tp Kelantan tak seperti di Selangor atau Melaka.Daun ketupat dijual merata-rata. Akhirnya, zauj juga yg kena panjat pokok kelapa belakang rumah..keskeskes.
Semua orang seems excited nak belajar buat ketupat termasuklah zaujku yang seorang. Lihat la hasilnya.. Cuba teka apa beza ketupat kami. Hehehe….
Menterjemah isi hati
Eid Mubarak! Kullu ‘aam wa antum bikhair.
Mudah-mudahan semua ikhwah akhawat, rakan-rakan dan umat islam seluruhnya memperoleh ijazah taqwa dari madrasah Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita.
Saya seringkali terkenang zaman yang saya pernah lalui di Australia beberapa tahun lepas. Alangkah manisnya memori-memori itu. Benar kata Syed Qutb, ” Islam itu ada di Barat.” Maksud beliau, nilai-nilai kemanusiaan, etika dan ketamadunan yang diamalkan oleh Barat sebenanrnya telah lama diajar oleh Isham. Hanya kelemahan mereka yang mengaku islam sahaja yang telah memingkirkan nilai-nilai tersebut.
Beberapa hari sebelum ramadhan, saya bertemu dengan seorang tokoh korporat. Beliau mempunyai kilang perabot di Malaysia namun memasarkan ke semua hasilnya ke luar negara. Bila saya bertanya, “Adakah pasaran Malaysia terlalu kecil? Atau beliau sememangnya tidak berminat dengan Malaysian market?” Ternyata jawapab beliau mengejutkan saya.” Kat Malaysia ni, easy to sell but you cannot collect!” Maksudnya orang Malaysia ni suka sangat berhutang, bila kita cuba dapatkan tender etc, banyak sangat rasuah yang diminta. Waduh-waduh…pahit ni.
Beliau juga sempat bertazkirah ringkas dengan saya. Katanya, bukankah Islam itu agama yang sangat baik, lengkap tapi kenapa umat islam tidak mempraktikkan nilai-nilai yang diajar oleh Islam. Contoh mudahnya solat. Hanya solat yang berkualiti sahaja diterima Allah. Yela, mane boleh bercakap, makan minum masa solatkan. Tapi disiplin dan kualiti yang diajar dalam solat ini, tidak diamalkan oleh umat islam di luar solatnya.
Bila sebut tentang kualiti, saya menjadi pelik apabila umat islam begitu mengagung-agungkan produk Barat. Dari jenama pakaian sampailah jenama makanan. Back to Australia, saya teringat semasa seorang tokoh islam terkenal, Shaykh Khalid Yasin berkunjung ke Adelaide. Beliau bertanya mengapa umat islam suka sangat makan McDonald? Bukan sahaja McD ni menyumbang pada Israel tp makanannya terbukti not healthy. Sampaikan beliau berkata, lepas ni mungkin McD akan menubuhkan McClinic!
Anyway, 2 hari lepas genap 7 bulan saya dan zauj mengangkat Mittaqan Ghaliza. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati dan merahmati kami. Ameen..
Ketupat oh Ketupat
Salams Ramadhan to all,
Apa khabar iman semua? Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan mampu menganugerahkan kita ijazah taqwa.
Beberapa hari lagi kita akan meninggalkan Ramadhan. Para sahabat di zaman Rasulullah saw pada kebiasaannya akan melakukan persiapan untuk menghadapi Ramadhan selepas habis Ramadhan. Maknanya, kita pun sama la kan. Kita sepatutnya bersedia untuk menghadapi Ramadhan yang tahun hadapan bermula pada 1 Syawal yang akan datang. Amacam?? Get set GO!!!
Di kesempatan ini saya dan suami memohon ampun dan maaf dari hujung mula bernafas hingga akhir nafas kepada semua ikhwah akhawat, sahabat2 seperjuangan, bos-bos kami, jiran-jiran dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.
Nampaknya tahun lepas adalah tahun terakhir saya dapat duit raya. Mula tahun ni, Petronas membekalkan kami dengan 4 paket (40 keping la maknanya) sampul duit raya utk kami isi..sepatutnya bagi $$ kat budak-budak time Ramadhan..baru up sket pahala sedekah kan.
Affiza: Baru hari ni blaja buat ketupat. Blaja ngan youtube lak tu..hehe
EID MUBARAK!!





