Malam tadi saya ada usrah di MMU. Singgah sebentar di Proclean Laundry, sekadar untuk collect duit dan bertanya khabar staff saya. Erk..staff suami saya.
“Awak dah pegi ke Tutti Frutti kat sebelah ni? Akak tak sempat nak singgah lagi.” saya memulakan perbualan.
“Kawan saya yang bukak ni. Dulu dia housemate saya. Ex-MMU.”
Saya terkesima.
“Housemate awak? Berapa umur dia?”
“Sebaya saya…25 tahun!”
Saya bangga…saya cemburu akan kegigihannya.
“Awak tahu berapa kos nak bukak Tutti Frutti? Akak dah penah tanya dulu..600 ribu! Terus akak tak jadi nak bukak..huhu.Anak orang kaya ke dia?”
“Tak la…biasa-biasa aje”
See readers…semua orang boleh jadi usahawan! Kerana saya juga dalam bidang perniagaan, saya berani mengatakan bahawa alliance orang Melayu dalam bisnes semakin kuat. Saya pasti, kita sedang melakar graf ekonomi kita sendiri.
Owh yes..selama ni, bila kita cakap pasal bisnes, kita hanya akan terbayang bisnes yang besar-besar sahaja..Construction, accounting firm, advertising company dan sebagainya. But believe me, lagi besar satu bisnes tu, kebarangkalian untuk company tu banyak hutang adalah tinggi. Dan jangan pandang remeh orang yang ada bisnes kecil kecil..jual air tepi jalan, pasar malam, kedai mainan dan sebagainya. Mungkin mereka juga jutawan! Lebih penting lagi, mereka tak banyak hutang! Tadaa….
akak bisness-minded mcm saya..! alhamdulillah…boleh jadi contoh buat sy….
kita sama2 belajar ye