Negerinya kecil…mudah untuk ke sana ke mari.
Trafiknya lancar…tak perlu pening kepala kerana jammed.
Staff agensi kerajaan bekerja dengan efisyen…well, this is based on my personal experiences ya!
Kos sara hidup rendah…makan pun murah.
Lampu jalan banyak…mengurangkan rasa seram bila program habis lewat.
Banyak tempat menarik boleh diziarahi…boleh bawa anak-anak bermain.
Ikhwah dan akhawat ISMA Melaka yang best…kami bersatu hati!
Tadika Aulad Musleh di Sungai Udang…Tadika Asybal di Tanjung Minyak…Proclean Laundry di Bukit Beruang…i have a great team alhamdulillah.
dan lagi..dan lagi..tak mampu ditulis di sini…yang pasti saya sudah jatuh hati pada Melaka!
Tapi kalau suatu hari saya perlu berpindah??? ya Allah, aku yakin Kau ada rencana yang lebih baik untukku, keluargaku dan dakwah yang amat ku cintai ini. Aku juga yakin…seorang manusia tidak perlu terikat pada tanah yang ditumpang.