Mr & Mrs Spitzer (Last Episode)

Ikhwan Muslimin menang 47% kerusi parlimen Mesir, subhanallah! Perjuangan yang panjang sejak 1928. Diasaskan oleh Iman As-Syahid Hassan Al Banna ketika usianya 23 tahun.

2012…saya berusia 28 tahun, tertanya-tanya pada diri yang kerdil ini, apakah yang aku telah sumbangkan untuk Islam? Allah…berilah kekuatan padaku.

Anda semua ingat Gilad Shalit? Atau saya selayaknya bertanya begini, “Anda tahu apa-apa berkenaan Gilad Shalit?”

Saya pasti ramai yang akan menjawab TIDAK! (tak banyak membaca ye?hehe…)

Gilad Shalit seorang Yahudi, tinggal di penempatan HARAM ISRAEL dan menjadi askar suruhan ISRAEL. Ditangkap oleh pejuang Hamas pada Jun 2006, ketika itu saya final year di Adelaide. Hamas tangkap bukan buat apa pun, sekadar nak tukar dengan 1000 orang Palestin yang ditangkap dan disumbat ke dalam penjara ISRAEL with no charge. NO CHARGE? Betul ke? Kalau no charge, sama macam ISA la kan? Hurmm….ini lagi dasat dari ISA.

Saya masih ingat, beberapa hari selepas Gilad Shalit ditangkap, saya bekerja di rumah Emma. Tiba-tiba Emma datang pada saya dan bertanya,

“Siti, Do you know Kofi Annan?”

“Of course! But I’ve never met him,” saya cuba bergurau namun Emma nampak serious benar. Pada masa itu Kofi Annan masih lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung PBB. Setiausaha Agung PBB sekarang, Ban Ki Moon mengambil alih pejabat Kofi Annan pada January 2007.

“Is he a Muslim?” tanya Emma lagi tanpa mempedulikan jenaka saya.

“Hurmm…I’m not sure but I don’t think so,” saya mula sangsi dengan soalan Emma.

“But Islam is the fastest growing religion in Africa,” Emma mula berhujah.

“Wow! You know that fact!”

Emma diam…saya tahu ada sesuatu di dalam kepala wanita berusia lewat 70-an ini.

“Orait Emma, I’m sorry. What’s wrong?” saya mula serious. Saya letakkan  vacuum cleaner di atas lantai dan berdiri di hadapan Emma yang sedari tadi tercegat di pintu dapur.

“He came to Israel yesterday, he was so annoyed with the blockages and the closures,” Emma meluahkan rasa hati.

“Let’s be rational Emma, he is right. The Palestinians does not deserve all those blockages and being humiliated on their own land. Jews invaded Palestine and they are being cruel. I’m a Muslim and I couldn’t accept that,” saya mula bertegas.

“But Hamas captured one of our soldier!”

“Only one Emma. Do you know how many Palestinians are there in Israeli’s  prisons? Thousands!” saya cuba mengawal rasa marah. Seperti tidak tertanggung rasanya lantas meneruskan bicara.

“We had enough. You invaded our Holy Land, killed our brothers and sisters and now you are blaming Hamas for arresting Gilad. For us, Israel is not real and I believe we’ll win one day. Israel will collapse. Easy to say, your President has sex scandal dan your Prime Minister is charged for bribery.”

“No, that’s just a propaganda,” Emma mempertahankan diri.

“Glad you know that word. The same goes with a statement saying a Muslim is a terrorist. You spread the propaganda to the whole world…” saya terus berkata-kata.

“You insulted me, jews and Israel.”

Emma seperti mengalah dan beredar ke biliknya. Saya meneruskan kerja-kerja pembersihan dengan hati yang masih membengkak. Sesekali menitis air mata mengenang Palestin tercinta.

Kerja saya selesai, saya perlu menuntut upah saya!

“Emma, I’m done!” saya mendekati Emma.

Emma menghulurkan AUD$72 pada saya untuk 4 jam saya bekerja. Saya lihat matanya merah. Saya tahu dia menangis. Saya tahu kerana Emaa sedih kerana saya seperti memperlekehkan dan menghina mereka. Barangkali Emma belum pernah berjumpa dengan orang yang sebenarnya begitu ramai dan jauh lebih hebat di luar sana. Contohnya, ikon Palestin kita di Malaysia, Dr Zainurrashid dan Aman Palestin yang saban hari menyedut nafas perjuangan Palestin.

Untuk yang masih tidak tahu, Gilad Shalit telah dibebaskan oleh Hamas sebagai ganti kepada 1000 orang rakyat Palestin yang ditangkap oleh Isreal. Baru 1000 ye…ramai lagi masih terpenjara. Gaza sendiri ibarat ‘the biggest prison in the world’.

Advertisement

About affizamohammad

Dilahirkan pada 1 Mei 1984. Ayah & Emak perkenan untuk memberi nama Siti Affiza Mohammad kepada anak ke-2 mereka. Membesar di Telok Panglima Garang, Selangor. Latar belakang pendidikan: - TADIKA KEMAS Batu 9 Kebun Baru (1990) - Sekolah Kebangsaan Kebun Baru (1991-1996) - Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1997-1999) - MRSM Balik Pulau, Penang (2000-2001) - Sunway College (2002-2003) - The University Of Adelaide, Australia (2004-2006) Mengikat Mitthaqan Ghaliza dengan Muhamad Riduan bin Ramli pada 9 Mac 2008.
This entry was posted in Al-Aqsa, Demi perjuangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s