Tajmik: Menjala atau Memancing

“Mana yang lebih sesuai kak? Nak kaut ramai-ramai ke atau nak cari seorang-seorang?”

Well, jawapannya ada pada diri daie itu sendiri. Daie perlu cepat membaca waqi’ sebelum membuat keputusan samada mahu menggunakan jala atau pancing.

Di banyak ketika, saya akan menggunakan teknik jala. Tapi awas, kalau menjala kemudian dapat ikan yang pelbagai dan tidak tahu nak buat apa dengan ikan tu pun tak berguna juga kan. So,menjala la dengan bijak dan asingkan ikan-ikan dengan bijak. Terbaik kalau menjala di laut,dapat ikan banyak kemudian masukkan dalam kolam dan pancing.

Faham ke?

Posted in Uncategorized | Leave a comment

TAJMIK & MUAYASYAH

Macam-macam program dah buat tapi mad’u tetap tak melekat.

Macam-macam hadiah dah bagi tapi tetap tak rasa rapat.

Dah berkali-kali pergi ziarah dan dah banyak kali juga belanja makan tapi masih macam tu juga.

Di mana silapnya?

Ada yang kata tajmik dulu, kemudian muayasayah lepas tu baru tafahum. Kena buat step by step. Betul ke?

Jika ditanya pada saya, proses tajmik merangkumi semua itu. Tajmik, muayasyah dan tahafum bukanlah perkara yang terpisah-pisah. Ianya perlu dilakukan serentak dan secara sedar.

Muayasyah adalah kita masuk ke dalam kehidupan madu SEHINGGA wujud rasa SELASA dan PERCAYA antara murobbi dan mutorabbi.

Largely bergantung kepada keperibadian murobbi itu sendiri (hubungannya dgn Allah, cara dia bawa diri dll) dan kedua adalah ilmu dan tsaqafah serta kefahaman yang ada pada dirinya.

Kadang2 murobbi tak perlu cakap dan buat banyak pun tp mad’u nya selesa dan percaya pada dia.

Selagi tidak wujud rasa selesa dan percaya, maknanya muayasyah kita belum berjaya walaupun sudah beribu msg kita bagi..banyak duit habis untuk belanja makan dan beribu hadiah..dah ziarah dia dan lain-lain.

Kecuali dia adalah mad’u yang Allah belum mahu dia diberi hidayah lagi.

Personally, saya akan bersedia untuk bertemu dengan mad’u. Sehinggakan nak pakai baju apa pun saya plan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kematian yang menginsafkan

26 Februari 2016

Itulah kali terakhir saya menatap wajah ayah yang sangat saya sayangi. Ayah yang akan call saya setiap Jumaat dan tanya saya di mana? Tak balik kampung ke? Sejak hari itu…tiada lagi call dari ayah dan saya amat merinduinya. Ayah dalam memori saya adalah yang baik-baik sahaja. Tiada yang buruk. Moga Allah rahmati roh ayah dan hingga bertemu lagi ya ayah.

Pagi Jumaat itu, saya menerima panggilan dari Oep, menangis! Katanya ayah sudah tidak membuka mata sejak pukul 5 pagi. Tanpa fikir panjang, saya terus capai apa yang sempat, siapkan anak-anak dan masuk ke dalam kereta.

Sampai kampung pukul 9.00pagi. Terus meluru ke arah ayah..saya pegang tangan ayah. Saya panggil ayah. Ayah memberi respon. Saya minta dia lembutkan tangan, ayah lembutkan tangan. Dan ayah sentiasa menggamit tangan saya untuk memegang tangannya.Saya tahu..ayah tahu dan dengar apa yang saya cakap. Mata ayah tertutup rapat. Tiada suara yang keluar.

Saya ajarkan ayah mengucap. Saya kata pada ayah, ‘Kalau dah sampai masa untuk ayah pergi..ayah pergilah di hari yang mulia ini. Hari ini hari Jumaat. Kami semua redha. Kami semua minta maaf. Anak-anak dah maafkan semua salah ayah.Ayah pergilah pada Allah. Ayah jangan takut. Kehidupan lebih bahagia dia sana insyaAllah. Ayah mengucap ye..’

“Ayah ingat tak masa kita pegi umrah, ayah gembira sangat. Ayah suka sangat di Rumah Allah. Sekarang ayah nak kembali pada Allah. Ayah mesti akan lebih gembira”

Saya terus ajar ayah mengucap, menyebut Allahu Ahad sampai bercakap-cakap ringkas dengan ayah.

Jam 11..ayah bernafas laju. Saya tahu sudah sampai masa untuk ayah pergi meninggalkan kami. Malaikat maut pastinya ada bersama kami. Wahai malaikat, please be nice to my dad.

Saya terus berdiri dan meletakkan tangan saya perlahan di leher ayah sambil mahu membaca Surat Al-Fajr: ayat 27-28

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Tiba-tiba, saya merasakan bagai ada satu biji bola ping pong di leher ayah. Yupp…saya tidak silap..lama saya rasakan. Hinggalah ayah menarik nafasnya yang terakhir dan bola itu hilang.

Pergilah ayah…menuju Tuhanmu yang amat dicintai. Damailah ayah di sana. Meninggalkan dunia yang fana ini. Kami juga pasti akan menyusul. Anakmu ini akan terus mendoakanmu setiap hari hingga ke akhir nafasku insyaAllah.

Al-Fatihah.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tarbiyyah Gen Y

Assalamualaikum wrt wbt,

Ehehehe..ikut suka saya bila nak tulis blog. Whenever I feel like writing, I will write. Kalau takde..senyap-senyap la.

Lately, isu yang berkisar di dalam perbincangan ikhwah akhawat adalah mengenai tajmik dan kemenjadian anak-anak usrah. Dan ramai yang mula mencari-cari formula, bagaimana cara terbaik untuk mentajmik Gen Y. Saya agak confuse di sini. Betul ke it is about generation gap?

Hassan Al-Banna tidak pernah membawa sesuatu yang lain dari apa yang Rasulullah bawa. Hassan Al-Banna mentajmik, melakukan dakwah terang-terangan dan tersembunyi sama seperti Rasulullah s.w.t. Bukankah masa yang memisahkan mereka berdua beribu tahun lamanya? Tidakkah terdapat generation gap di situ? Tp mengapa cara dan hasil mereka sama?

Pokoknya..bukan generation gap. Tapi sikap dan kesungguhan dai’e itu sendiri. Gen Y dilahirkan sebagai manusia sebagaimana Gen X, Baby Boomers dan lain-lainnya. Tidak pula mereka lahir sebagai robot dengan wayar berselirat.

Justeru, fahamilah tajmik dan jiwa manusia. Kuatkan jiwa kita juga agar tidak malas buat tajmik. Ingat tau..takde istilah graduate dalam tarbiyyah. Dan ingat juga bahawa kufur itu agama yang satu. Therefore, bersungguh-sungguhlah mengejar syurga!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sayonara jahiliyyah

Sayonara jahiliyyah adalah satu topik dalam siri daurah tarbiyyah yang dilalui oleh kebanyakan orang tatkala mereka baru mengenal dakwah dan tarbiyyah. Bermula dari titik inilah mereka berusaha dan bermujahadah meninggalkan segala karat-karat jahiliyyah yang mungkin masih tipis atau mungkin juga telah menebal dalam diri.

Saya masih ingat, antara contoh yang paling kerap diberikan adalah seperti menonton cerita-cerita lagha, main games, anime dan yang seangkatan dengannya.

Pokoknya, waktu lapang bagi seorang daie adalah bukti kelalaiannya.sigh…

Tapi semuanya berkisar mengenai jahiliyyah dalam diri. Kini, saya merasakan bahawa bahan ini perlu di upgrade. Zaman telah berubah. Jahiliyyah semakin laju. Pengisian kita tidak boleh berputar pada perkara yang sama. Arus jahiliyyah seperti modenism, pluralism, liberalism, muslim moderate amat perlu ditekankan.

Jika duat tidak mengkaji dan tidak melawan arus jahiliyyah moden ini..perghhh…tanpa sedar kita sebenarnya menebalkan lagi jahiliyyah dalam diri.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

May 2013

MasyaAllah…Tabarakallah! Saya sangat bersyukur. Bulan Mei, 2013 adalah bulan yang sangat-sangat bermakna dalam hidup saya. Bukan sebab ini bulan birthday saya dan suami but it is because of the surprise yang ‘My Man’ bagi. A simple one but very meaningful dan berjaya membuatkan saya tersenyum lebar.

Bukan itu sahaja, dalam bulan Mei ni, banyak benda baru saya belajar dalam hidup saya secara peribadi dan dalam dunia perniagaan terutamanya. I met so many genuine businessmen (and businesswomen) yang started their bisnes with zero knowledge until they became silent millionaires tapi masyaAllah mereka tidak lokek ilmu.

Banyak benda baru saya belajar…sangat banyak. Dan sangat banyak peluang yang datang pada saya bulan ini. Banyak juga duit yang keluar dari poket saya tapi saya lah yang membuat keputusan mengeluarkan duit itu untuk menambah nilai pada diri saya sendiri dengan harapan saya dapat menambah nilai pada orang lain juga suatu hari nanti.

In a way, saya juga sebenarnya telah decline satu peluang untuk further MBA di luar negara. Walaupun pada asalnya, enrol untuk MBA termasuk dalam wishlist saya tahun ini tetapi saya membatalkannya pada Mei 2013. Dulu saya nak sangat buat MBA ni sbb saya dah 5 tahun buat bisnes tapi saya tak pernah (kalau ada pun sikit-sikit masa final year dulu) belajar bisnes secara formal. Saya rasa saya buat bisnes secara membabi buta. Namun perancangan Allah lebih besar. Bila saya dah sit for exams etc…tiba-tiba Dia tunjukkan jalan di mana saya boleh belajar ilmu bisnes yang lebih praktikal (bukan teori macam di university) dari orang yang saya rasakan amat ikhlas untuk berkongsi ilmunya. At this point of time, saya dah tak berkira untuk invest puluhan ribu ringgit untuk belajar. Puas hati sebab saya belajar dengan duit yang saya cari sendiri

Well…apalah ertinya belajar bisnes dari orang yang tak pernah jual walau sebatang pen meskipun dia adalah professor bisnes yang amat hebat di universitynya. Dia hanya tahu teori kalau dia tak pernah menjual!

Ya Allah, aku amat mensyukuri nikmat-Mu ini dan tunjukkanlah kepadaku jalan untuk menuju syurgaMu.Amin Ya Rabb…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Seni Tajmik

“Kak, saya tak tahu dan tak pernah ada pengalaman nak buat tajmik”

“Saya tak cukup ilmu, diorang lagi terer dari saya”

“Tak tahu mana nak mula”

“We’re losing our grip!”

school-of-tarbiyyah

Perkataan ‘T.A.J.M.I.K’ adalah perkataan yang sangat sinonim bagi seorang daie. Tajmik ertinya mengumpulkan manusia untuk kita sampaikan fikrah dan dakwah yang kita imani kepada mereka dengan harapan mad’u yang kita tajmik bukan sekadar menjadi penyokong gerakan dakwah bahkan akan mendokong gerakan tersebut.

Tajmik ini adalah seni. Tiada rules dan cara yang lebih baik antara satu sama lain. dan yang paling mudah pastinya makan-makan.hehe..saya kongsikan sedikit pengalaman saya yang sememangnya sedikit untuk panduan generasi duat sekalian.

Saya pernah menaiki 3 bus, which took me more than an hour untuk pergi ke rumah juniors baru dengan membawa sekilo daging untuk dimasak. Ketika itu juga ditakdirkan bus tersebut berhenti di stop yang jauh dr rumah juniors td. Waduh..kena jalan kaki  sorang-sorang pula, malam makin gelap dan saya tak begitu familiar dengan tempat tersebut. Kerana niat asalnya adalah untuk tajmik dan sangat berharap adik-adik ni akan mendokong dakwah, saya kuatkan hati. Hari ini alhamdulillah…2 daripada mereka adalah naqibah-naqibah yang mencetak orang lain pula.

Saya juga pernah ditugaskan untuk mencari mad’u yang akan melanjutkan pelajaran ke sebuah negara matahari terbit. Pada ketika itu, saya tidak tahu di mana mereka belajar atau sesiapa yang sedang membuat persediaan untuk ke sana. Dengan kata lain, BUNTU! Saya berdoa Allah tunjukkan saya jalan. Akhirnya saya diperkenalkan dengan orang yang bernama  Anis (nama samaran ok!). Saya hubungi Anis dan saya berjumpa dengan beliau. Saya offer untuk beliau berusrah dengan saya, ajak kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang dia kenal. Ketika itu, ramai juniors beliau berminat untuk mengikuti usrah saya. Untuk orang Malaysia, usrah pada pukul 8 pagi Ahad adalah suatu yang amat mencabar! As time goes by, Anis mula menyepi. (Lihat di sini, orang yang mula-mula kita ajak dan orang harapan akhirnya meninggalkan kita). Tapi tak mengapa, orang lain masih berbelas-belas lagi. Cuti semester bermula dan bila cuti habis, usrah bermula semula. Pelik! Ada seorang adik yang mengunci pintu bila saya datang! Tak mahu lagi usrah! Alasannya, mak tak bagi takut ajaran sesat. Kot ye pun, jangan la kunci pintu sayang. Cakap elok2 dan buat macam biasa udah ler..tp tak pe. Teruskan juga. Mehnah lain datang, pilih A atau mahu terus bersama ISMA (baca: saya la naqibah nya). Ramai pilih utk A. Alhamdulillah sekurang-kurangnya memilih untuk bersama dakwah dan tarbiyyah. Dari berbelas-belas tadi, tinggal 4 orang je anak usrah saya. Sedih??? Tak la..sbb pahala bukan atas bilangan yang nak bersama dengan kita tp atas usaha dan niat kita. Dan 4 orang ini menjadimanusia yang qawiy seterusnya memimpin dakwah di negara matahari terbit itu. MasyaAllah tabarakallah..

 Dalam kisah yang lain pula, ada program persediaan yang tempohnya pendek, sekitar 8 bulan termasuk cuti. Perlu cari bakal penggerak untuk dakwah luar negara! macamana dong? jahiliyyahnya masih pekat, baju ketat-ketat, datang usrah pun x pakai tudung, siap ada yang pakai skirt pendek. Seruan pertama, satu batch ikut usrah. Belas-belas orang bilangannya. Seronok rasa tp cabaran di sini adalah untuk lahirkan penggerak. Saya tahu saya tak boleh pukul rata dan perlu buat sedikit saringan. Kalau tak…takkan dapat bakal penggerak yang dikehendaki. Mohon pada Allah siapa yang perlu dipilih..akhirnya Allah tunjukkan supaya saya pilih 4 orang dari mereka semua. Saya jumpa mereka berempat dan saya katakan saya mahu beri usrah special pada mereka. Minggu 1-usrah dgn mereka berempat sahaja, minggu 2-usrah dengan semua orang. Dan bertukar-tukar begitu sampai habis. Bila saya buat ‘usrah special’, saya kasi extra dose, sentiasa tekankan bahawa  mereka akan jadi pimpinan dakwah bila fly nnt dan menjawab segala syubhah mereka. Alhamdulillah, keempat-empatnya menjadi dan saya doakan anda semua menjadi ummahat mukminin. Sekarang dah berkahwin pun mereka…wink3

Berlaku juga di suatu tempat di mana apabila akhwat melakukan tajmik, takungan yang mereka capai sekitar 9-15 orang sedangkan mad’u  dan penggerak lebih dari cukup. Mengapa tak mampu garap lebih ramai orang? Saya cadangkan dan bantu mereka untuk buat 3 siri program tajmik yang continuous. Alhamdulillah, dengan izin Allah, bilangan mad’u yang rela untuk diusrahkan meningkat kepada lebih 60 orang!

Macamana pun, doa memang tidak boleh putus. Bagaimana hebat sekalipun usaha kita, betapa banyak ringgit yang dilaburkan dan keringat yang tumpah, hakikatnya Allah lah yang memegang hati-hati manusia. Jangan pernah kita berputus asa seandainya orang yang kita harapkan menolak dakwah kita. Ingat sokmo-sokmo, pahala adalah atas dasar usaha dan keikhlasan kita, bukannya bilangan mereka yang menerima seruan kita.

Ala kulli hal, orang yang banyak mentajmik adalah orang yang hebat! Saya berpendapat pemimpin yang hebat perlu terlebih dahulu melalui fasa melakukan tajmik dan tarbiyyah sebelum layak memimpin dakwah. Jika tidak, beliau hanya berkata teori dan ber’retorik’ semata-mata.

Kisah yang saya ceritakan bukanlah bertujuan untuk mendabik dada namun berharap dapat memberi sedikit idea, pengajaran dan perkongsian buat adik-adik yang berkobar-kobar mahu melakukan tajmik dan telah menyahut seruan dakwah.

Posted in Uncategorized | 3 Comments