Seni Tajmik

“Kak, saya tak tahu dan tak pernah ada pengalaman nak buat tajmik”

“Saya tak cukup ilmu, diorang lagi terer dari saya”

“Tak tahu mana nak mula”

“We’re losing our grip!”

school-of-tarbiyyah

Perkataan ‘T.A.J.M.I.K’ adalah perkataan yang sangat sinonim bagi seorang daie. Tajmik ertinya mengumpulkan manusia untuk kita sampaikan fikrah dan dakwah yang kita imani kepada mereka dengan harapan mad’u yang kita tajmik bukan sekadar menjadi penyokong gerakan dakwah bahkan akan mendokong gerakan tersebut.

Tajmik ini adalah seni. Tiada rules dan cara yang lebih baik antara satu sama lain. dan yang paling mudah pastinya makan-makan.hehe..saya kongsikan sedikit pengalaman saya yang sememangnya sedikit untuk panduan generasi duat sekalian.

Saya pernah menaiki 3 bus, which took me more than an hour untuk pergi ke rumah juniors baru dengan membawa sekilo daging untuk dimasak. Ketika itu juga ditakdirkan bus tersebut berhenti di stop yang jauh dr rumah juniors td. Waduh..kena jalan kaki  sorang-sorang pula, malam makin gelap dan saya tak begitu familiar dengan tempat tersebut. Kerana niat asalnya adalah untuk tajmik dan sangat berharap adik-adik ni akan mendokong dakwah, saya kuatkan hati. Hari ini alhamdulillah…2 daripada mereka adalah naqibah-naqibah yang mencetak orang lain pula.

Saya juga pernah ditugaskan untuk mencari mad’u yang akan melanjutkan pelajaran ke sebuah negara matahari terbit. Pada ketika itu, saya tidak tahu di mana mereka belajar atau sesiapa yang sedang membuat persediaan untuk ke sana. Dengan kata lain, BUNTU! Saya berdoa Allah tunjukkan saya jalan. Akhirnya saya diperkenalkan dengan orang yang bernama  Anis (nama samaran ok!). Saya hubungi Anis dan saya berjumpa dengan beliau. Saya offer untuk beliau berusrah dengan saya, ajak kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang dia kenal. Ketika itu, ramai juniors beliau berminat untuk mengikuti usrah saya. Untuk orang Malaysia, usrah pada pukul 8 pagi Ahad adalah suatu yang amat mencabar! As time goes by, Anis mula menyepi. (Lihat di sini, orang yang mula-mula kita ajak dan orang harapan akhirnya meninggalkan kita). Tapi tak mengapa, orang lain masih berbelas-belas lagi. Cuti semester bermula dan bila cuti habis, usrah bermula semula. Pelik! Ada seorang adik yang mengunci pintu bila saya datang! Tak mahu lagi usrah! Alasannya, mak tak bagi takut ajaran sesat. Kot ye pun, jangan la kunci pintu sayang. Cakap elok2 dan buat macam biasa udah ler..tp tak pe. Teruskan juga. Mehnah lain datang, pilih A atau mahu terus bersama ISMA (baca: saya la naqibah nya). Ramai pilih utk A. Alhamdulillah sekurang-kurangnya memilih untuk bersama dakwah dan tarbiyyah. Dari berbelas-belas tadi, tinggal 4 orang je anak usrah saya. Sedih??? Tak la..sbb pahala bukan atas bilangan yang nak bersama dengan kita tp atas usaha dan niat kita. Dan 4 orang ini menjadimanusia yang qawiy seterusnya memimpin dakwah di negara matahari terbit itu. MasyaAllah tabarakallah..

 Dalam kisah yang lain pula, ada program persediaan yang tempohnya pendek, sekitar 8 bulan termasuk cuti. Perlu cari bakal penggerak untuk dakwah luar negara! macamana dong? jahiliyyahnya masih pekat, baju ketat-ketat, datang usrah pun x pakai tudung, siap ada yang pakai skirt pendek. Seruan pertama, satu batch ikut usrah. Belas-belas orang bilangannya. Seronok rasa tp cabaran di sini adalah untuk lahirkan penggerak. Saya tahu saya tak boleh pukul rata dan perlu buat sedikit saringan. Kalau tak…takkan dapat bakal penggerak yang dikehendaki. Mohon pada Allah siapa yang perlu dipilih..akhirnya Allah tunjukkan supaya saya pilih 4 orang dari mereka semua. Saya jumpa mereka berempat dan saya katakan saya mahu beri usrah special pada mereka. Minggu 1-usrah dgn mereka berempat sahaja, minggu 2-usrah dengan semua orang. Dan bertukar-tukar begitu sampai habis. Bila saya buat ‘usrah special’, saya kasi extra dose, sentiasa tekankan bahawa  mereka akan jadi pimpinan dakwah bila fly nnt dan menjawab segala syubhah mereka. Alhamdulillah, keempat-empatnya menjadi dan saya doakan anda semua menjadi ummahat mukminin. Sekarang dah berkahwin pun mereka…wink3

Berlaku juga di suatu tempat di mana apabila akhwat melakukan tajmik, takungan yang mereka capai sekitar 9-15 orang sedangkan mad’u  dan penggerak lebih dari cukup. Mengapa tak mampu garap lebih ramai orang? Saya cadangkan dan bantu mereka untuk buat 3 siri program tajmik yang continuous. Alhamdulillah, dengan izin Allah, bilangan mad’u yang rela untuk diusrahkan meningkat kepada lebih 60 orang!

Macamana pun, doa memang tidak boleh putus. Bagaimana hebat sekalipun usaha kita, betapa banyak ringgit yang dilaburkan dan keringat yang tumpah, hakikatnya Allah lah yang memegang hati-hati manusia. Jangan pernah kita berputus asa seandainya orang yang kita harapkan menolak dakwah kita. Ingat sokmo-sokmo, pahala adalah atas dasar usaha dan keikhlasan kita, bukannya bilangan mereka yang menerima seruan kita.

Ala kulli hal, orang yang banyak mentajmik adalah orang yang hebat! Saya berpendapat pemimpin yang hebat perlu terlebih dahulu melalui fasa melakukan tajmik dan tarbiyyah sebelum layak memimpin dakwah. Jika tidak, beliau hanya berkata teori dan ber’retorik’ semata-mata.

Kisah yang saya ceritakan bukanlah bertujuan untuk mendabik dada namun berharap dapat memberi sedikit idea, pengajaran dan perkongsian buat adik-adik yang berkobar-kobar mahu melakukan tajmik dan telah menyahut seruan dakwah.

Posted in Uncategorized | 3 Comments

Bila kita tak rasa Allah memerhatikan kita

Sebagai seorang hamba kepadaNya, kita lupa asal usul kita dan kita lupa bahawa kita akan kembali pada Dia juga satu hari nanti. Bila seorang hamba tak rasa Allah memerhatikan dirinya, dia akan mudah tinggal solat, buat maksiat macam makan nasi, kita tak rasa pun oksigen yang kita sedut ni Allah yang bagi. Akhirnya kita tidak bersyukur.

Kalau seorang pekerja tak rasa Allah memerhatikannya, dia tak kisah nak datang kerja pukul berapa,curi tulang masa kerja pun takpe, harta ofis dibuat seperti harta sendiri, buat kerja juga tidak bersungguh dan akibat keculasannya, dia tak fikir pun samada rezeki yang dia dapat tu halal ke haram.

Kalau seorang suami tak rasa bahawa Allah memerhatikannya……

Kalau seorang isteri tak rasa bahawa Allah memerhatikannya…..

Kalau seorang bapa/ ibu/anak tak rasa bahawa Allah memerhatikannya….

And d list goes on…

Dan sedih lagi, kalau seorang daie tak rasa Allah memerhatikannya,…huhu

Ya Allah, peliharalah aku dan matikanlah aku dalam keadaan yang Engkau paling redha. Ameen!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cantiknya akhlaq mereka…indahnya qudwah yang ditunjukkan

Semasa lunch semalam, saya dan suami berjanji untuk pergi menziarahi Ust Abdul Halim Abdullah di ICU Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Ustaz Halim, pada pandangan saya adalah seorang murabbi yang mempunyai qudwah yang sangat baik. Ini blog ustaz

Pukul 5.30pm, suami masih belum sampai rumah, saya mula resah. Khuatir habis waktu melawat. Apabila suami tiba…..

Owhh..rupa-rupanya ada roadblock dalam plant Petronas? Haihh..tak cukup kat jalan raya, dalam plant pun dia buat roadblock juga..

Sampai di hospital, ramai rupanya yang menunggu turn utk masuk. Saya mengambil kesempatan bertanya khabar dgn anak-anak ust. Bila saya tanya, “Macamana ust boleh accident?” Anak ust yang masih bersekolah menengah tersenyum dan menjawab, “Sebenarnya sampai saat ni tiada siapa yang tahu cerita sebenar.” Jawapan yang membuatkan saya diam seketika. Tidak langsung menyebut mengenai kereta yang melanggar dan sebagainya. Kalau kita di tempat mereka, mungkin ada di antara kita yang sedang sibuk-sibuk mencari orang yang membuat angkara..Hurm..No making up of stories! Anda tahu bukan maksud cerita yang dibuat-buat? Tak perlulah saya berikan contohnya…takut nanti saya pula yang membuat-buat cerita. Nauzubillah…

Bila saya masuk ke dalam ICU, kak Fariza tersenyum menyambut saya. Selepas bertanya khabar, saya kata pada kak Fariza, “Akak sabar ye. Kami doakan ust cepat sembuh dan Allah mudahkan urusan akak dan anak-anak.” Kak Fariza menjawab, “Allah Maha Kaya.” Allah…jawapan yang sekali lagi membuatkan saya terdiam..

Ada beberapa program anjuran ISMA yang saya hadiri, Kak Fariza menjadi AJK. Kadangkala menjadi AJK Nurseri, pernah juga AJK Pendaftaran. Wow, seorang ibu yang mempunyai 14 orang anak, memiliki 10 buah taska/tadika masih mampu menjadi AJK program. Dia tidak demand protfolio yang tinggi-tinggi walaupun telah lama di dalam tarbiyyah…silap-silap tittle AJK yang disandang itu sekadar AJK picisan sahaja. Itulah kak Fariza yang saya kenali.

Maka, apa lagi alasan kita? Tidak mahu datang usrah? Tak mahu datang program? Tak boleh jadi AJK? Banyak assignments?

Buat sahabat-sahabat dan adik-adik yang masih bujang di luar sana, apabila anda memilih pasangan hidup, maka pilihlah insan yang baik agamanya. Pilihlah mereka yang ditarbiyyah dengan ilmu-ilmu islam. Anda sedang memilih ibu atau bapa utk bakal anak-anak anda! Kerana akhirnya pasangan hidup itulah yang menentukan corak keluarga yang bakal kita bentuk. Ust Halim dan Kak Fariza qudwah yang baik…

Firman Allah SWT,

“ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang di perintahkan ”. (At-Tahrim 006)

Marilah kita sama-sama mendoakan supaya Ust Halim segera disembuhkan oleh Allah dan beliau kembali menyumbang pada dakwah. Amin Ya Rabb…

Posted in Fasa kehidupan | 2 Comments

Mr & Mrs Spitzer (Last Episode)

Ikhwan Muslimin menang 47% kerusi parlimen Mesir, subhanallah! Perjuangan yang panjang sejak 1928. Diasaskan oleh Iman As-Syahid Hassan Al Banna ketika usianya 23 tahun.

2012…saya berusia 28 tahun, tertanya-tanya pada diri yang kerdil ini, apakah yang aku telah sumbangkan untuk Islam? Allah…berilah kekuatan padaku.

Anda semua ingat Gilad Shalit? Atau saya selayaknya bertanya begini, “Anda tahu apa-apa berkenaan Gilad Shalit?”

Saya pasti ramai yang akan menjawab TIDAK! (tak banyak membaca ye?hehe…)

Gilad Shalit seorang Yahudi, tinggal di penempatan HARAM ISRAEL dan menjadi askar suruhan ISRAEL. Ditangkap oleh pejuang Hamas pada Jun 2006, ketika itu saya final year di Adelaide. Hamas tangkap bukan buat apa pun, sekadar nak tukar dengan 1000 orang Palestin yang ditangkap dan disumbat ke dalam penjara ISRAEL with no charge. NO CHARGE? Betul ke? Kalau no charge, sama macam ISA la kan? Hurmm….ini lagi dasat dari ISA.

Saya masih ingat, beberapa hari selepas Gilad Shalit ditangkap, saya bekerja di rumah Emma. Tiba-tiba Emma datang pada saya dan bertanya,

“Siti, Do you know Kofi Annan?”

“Of course! But I’ve never met him,” saya cuba bergurau namun Emma nampak serious benar. Pada masa itu Kofi Annan masih lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung PBB. Setiausaha Agung PBB sekarang, Ban Ki Moon mengambil alih pejabat Kofi Annan pada January 2007.

“Is he a Muslim?” tanya Emma lagi tanpa mempedulikan jenaka saya.

“Hurmm…I’m not sure but I don’t think so,” saya mula sangsi dengan soalan Emma.

“But Islam is the fastest growing religion in Africa,” Emma mula berhujah.

“Wow! You know that fact!”

Emma diam…saya tahu ada sesuatu di dalam kepala wanita berusia lewat 70-an ini.

“Orait Emma, I’m sorry. What’s wrong?” saya mula serious. Saya letakkan  vacuum cleaner di atas lantai dan berdiri di hadapan Emma yang sedari tadi tercegat di pintu dapur.

“He came to Israel yesterday, he was so annoyed with the blockages and the closures,” Emma meluahkan rasa hati.

“Let’s be rational Emma, he is right. The Palestinians does not deserve all those blockages and being humiliated on their own land. Jews invaded Palestine and they are being cruel. I’m a Muslim and I couldn’t accept that,” saya mula bertegas.

“But Hamas captured one of our soldier!”

“Only one Emma. Do you know how many Palestinians are there in Israeli’s  prisons? Thousands!” saya cuba mengawal rasa marah. Seperti tidak tertanggung rasanya lantas meneruskan bicara.

“We had enough. You invaded our Holy Land, killed our brothers and sisters and now you are blaming Hamas for arresting Gilad. For us, Israel is not real and I believe we’ll win one day. Israel will collapse. Easy to say, your President has sex scandal dan your Prime Minister is charged for bribery.”

“No, that’s just a propaganda,” Emma mempertahankan diri.

“Glad you know that word. The same goes with a statement saying a Muslim is a terrorist. You spread the propaganda to the whole world…” saya terus berkata-kata.

“You insulted me, jews and Israel.”

Emma seperti mengalah dan beredar ke biliknya. Saya meneruskan kerja-kerja pembersihan dengan hati yang masih membengkak. Sesekali menitis air mata mengenang Palestin tercinta.

Kerja saya selesai, saya perlu menuntut upah saya!

“Emma, I’m done!” saya mendekati Emma.

Emma menghulurkan AUD$72 pada saya untuk 4 jam saya bekerja. Saya lihat matanya merah. Saya tahu dia menangis. Saya tahu kerana Emaa sedih kerana saya seperti memperlekehkan dan menghina mereka. Barangkali Emma belum pernah berjumpa dengan orang yang sebenarnya begitu ramai dan jauh lebih hebat di luar sana. Contohnya, ikon Palestin kita di Malaysia, Dr Zainurrashid dan Aman Palestin yang saban hari menyedut nafas perjuangan Palestin.

Untuk yang masih tidak tahu, Gilad Shalit telah dibebaskan oleh Hamas sebagai ganti kepada 1000 orang rakyat Palestin yang ditangkap oleh Isreal. Baru 1000 ye…ramai lagi masih terpenjara. Gaza sendiri ibarat ‘the biggest prison in the world’.

Posted in Al-Aqsa, Demi perjuangan | Leave a comment

Membaca untuk pandai atau untuk dijadikan budaya?

Tadi saya buka buku Bacalah Anakku dan tunjuk pada Furqan..waa begitu teruja bila Furqan meniru saya dgn menjerit ‘aaa…’ Habis semua huruf pun bunyinya ‘aaa…’hehe

Haih..ibu bapa zaman sekarang. Ramai yang tanya homeworks, nak anak tahu bahasa arab, cina, pandai kira dan byk lagi. Agaknya kalau Fizik dan Kimia boleh diajar di tadika, ibu bapa pun nak anaknya pandai Fizik dan Kimia. Saya tak nafikan kehebatan tokoh-tokoh Islam zaman dahulu yang mampu menguasai ilmu sejak kecil lagi tapi tengoklah macamana ibu bapa mainkan peranan. Ramai (bukan semua) ibu bapa hari ini lebih meletakkan tanggungjawab pada sekolah untuk memandaikan anak mereka.Bila anak-anak dihantar ke tadika, kebanyakan ibu bapa mahu anaknya boleh membaca secepat yang mungkin. Alhamdulillah, anak-anak di tadika saya semuanya boleh membaca sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah. Jauh dari sekadar boleh membaca, saya harap anak-anak ini akan menjadikan membaca sebagai satu budaya, bukan hobi sbb hobi hanya dilakukan dalam waktu lapang saja kan?

Semasa saya ke New Zealand saya sempat melawat beberapa buah pre-school. Semuanya tidak mengajar anak2 membaca dan bila mereka masuk Year 1, memang semua tak tahu membaca lagi. Tapi bila kita naik bus dan jalan2, ramainya orang sedang baca buku! Aduhh…macamana ni? Lambat mereka pandai membaca tapi bila dewasa, membaca jadi satu budaya.

Kita di Malaysia, 3 tahun pun dah pandai baca..lancar gitu tapi kenapa membaca masih tidak lagi menjadi budaya? Di mana silapnya?

Saya ada terbaca bagaimana seorang pemimpin parti politik yang sedang menghadapi tuduhan di mahkamah banyak membaca buku untuk melawan serangan emosi dan mental..Waahh itu rahsia dia rupanya. Membaca untuk mendapat aspirasi dan kekuatan dalaman, kesannya juga pasti besar. Akhirnya, dia tidak mudah mengalah!

Orang Islam juga seharusnya mencari kekuatan itu dengan Al-Quran. Kalau kita beli satu mesin yang canggih dan tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya, kita pasti akan buka manual kan? Begitu juga hidup..Allah menciptakan kita di atas muka bimi ini dan Dia berikan kita manual bagaimana untuk hidup tp mengapa kita tidak menggunakan manual ini sebaiknya?Seorang anak muda pernah memberitahu saya bahawa dia sudah 3 tahun tidak membaca Al-Quran! Allah..berilah hidayah padanya.

Banyakkanlah membaca, anda akan membuka dunia!

Posted in Warna warni kehidupan | Leave a comment

Didik anak untuk mereka membalas jasa kita?

Thank you Allah for sending him (baca: En Riduan) to me and thank you Allah for Nasuha & Furqan.

18 Jan ni, Nasuha berumur 2 tahun 2 bulan..Sebelum Nasuha berusia 2 tahun, Nasuha dah boleh menyebut kalimah ‘La ilaha illa Allah, Muhammad Rasulullah’..Bahagia rasa hati, sejuk jiwa kali pertama Nasuha sebut lafaz mulia ini. Nasuha pandai guna perkataan Alhamdulillah dan MasyaAllah. Ibu doakan Nasuha akan membesar jadi anak yang solehah, bijak dan menjadi ummahat mukminin.

Waa..bila Nasuha gi school, lagak dia macam senior. First day of school, Teacher sebut ‘Attention!’, dia pun sambut…”Allahuakbar!”. Budak lain senyap je sambil tengok-tengok Nasuha. Kadang-kadang Nasuha masuk kelas KGI, kadang-kadang masuk kelas KGII. Ikut suka dia je,. Maklumla…sekolah ibu dia kan. huhu..anakku.

Furqan, macam biasa lasak..5 Feb nanti baru nak masuk setahun. Sekarang tengah gigih practise berjalan!masyaAllah.. Go go Furqan! Hobi baru dia adalah pegang pensil dan menconteng atas kertas. Nampaknya Furqan pegang pensil lebih cepat dari kakak, cuma cakap je belum byk perkataan lagi. Alhamdulillah dia tau kalau tulis tu atas kertas je. Kalau tak, pening juga dibuatnya. Dulu-dulu suka berebut mainan dengan kakak, sekarang tak lagi. Nampaknya anak-anak ibu dah pandai sharing. Alhamdulillah…

Ya Allah..takut sebenarnya nak membesarkan anak-anak berdua ni. Berilah petunjuk dan hidayah kepada aku dan suamiku dalam kami mendidik dan membesarkan mereka. Lagi-lagi di zaman ni. Saidina umar pun pernah sebut supaya kita mendidik anak-anak mengikut zaman mereka. Yela, sebagai ibu bapa, kita akan buat apa saja untuk anak-anak kita. Ye, apa saja! Ada orang yang anaknya gemar berfesyen lantas diberikan pelbagai jenis pakaian yang kononnya mengikut fesyen. Kalau anak kat luar negara pun mak dia sanggup post. Hurm..Ada ibu bapa yang mahukan pendidikan terbaik untuk anakknya, maka dilaburkan ribuan ringgit untuk institusi yang bagus dan bermacam-macam lagi.

Tapi saya?

Saya mahu anak saya membesar dengan mencintai ilmu, menjadi Muslim yang qawiy dan menjadi duat yang bakal memimpin dakwah yang kami pikul sekarang. Buat masa ini, hanya itu impian saya. Maka, saya perlu sediakan suasana yang membawa mereka ke arah matlamat itu. Doakan!

Kadang-kadang saya musykil apabila ada ibu bapa yang berjumpa dengan saya dan berkata “Saya harap anak saya akan pandai baca cepat-cepat,  besar nanti jadi orang berjaya. Dapatlah saya tumpang kesenangannya.” Adakah setakat itu sahaja impian Puan? Itu matlamat Puan membesarkan anak-anak? Ada yang mahu anaknya membelikan kereta sebaik sahaja mula bekerja. Mahukan barang kemas dan lagi dan lagi…

Adoii…mendidik anak-anak adalah amanah Allah swt. Kita sepatutnya memberikan yang terbaik pada mereka TANPA SYARAT! Kalau mereka membalas jasa dengan material dan kasih sayang bila dewasa kelak, alhamdulillah. Jika tidak, serahkan saja pada Allah. Yang membalas dan memberi pahala atas didikan kita adalah Allah. Bukan anak-anak. Tapi saya percaya, jika bekalkan mereka dengan ilmu agama yang cukup, insyaAllah mereka tidak akan melupakan kita!

Wallahua’lam.

Posted in Fasa kehidupan, Warna warni kehidupan | Leave a comment

Saya suka Melaka kerana

Negerinya kecil…mudah untuk ke sana ke mari.

Trafiknya lancar…tak perlu pening kepala kerana jammed.

Staff agensi kerajaan bekerja dengan efisyen…well, this is based on my personal experiences ya!

Kos sara hidup rendah…makan pun murah.

Lampu jalan banyak…mengurangkan rasa seram bila program habis lewat.

Banyak tempat menarik boleh diziarahi…boleh bawa anak-anak bermain.

Ikhwah dan akhawat ISMA Melaka yang best…kami bersatu hati!

Tadika Aulad Musleh di Sungai Udang…Tadika Asybal di Tanjung Minyak…Proclean Laundry di Bukit Beruang…i have a great team alhamdulillah.

dan lagi..dan lagi..tak mampu ditulis di sini…yang pasti saya sudah jatuh hati pada Melaka!

Tapi kalau suatu hari saya perlu berpindah??? ya Allah, aku yakin Kau ada rencana yang lebih baik untukku, keluargaku dan dakwah yang amat ku cintai ini. Aku juga yakin…seorang manusia tidak perlu terikat pada tanah yang ditumpang.

Posted in Fasa kehidupan | Leave a comment

Flinders Rangers…Alligator Gorge..Emu dan ….

Dua kali saya pernah ke sana. Pertama kali adalah ketika saya berjaulah bersama anak-anak usrah dan kali kedua bersama teman-teman yang lain. Takjub dengan ciptaan Allah tatkala berjalan di celah-celah batu itu. Cantik! Confirm bukan ciptaan manusia. Rasa gerun mula menyelinap bila membayangkan bahawa 2 buah gunung batu-batu di kiri dan kanan saya runtuh. Adakah pasukan penyelamat akan berjaya menemui saya? oh..alangkah kerdilnya..

Ini rupa emu untuk sesiapa yang tak kenalSememangnya Flinders Rangers menyimpan seribu satu kenangan yang indah-indah. Masih teringat kami bermukhayyam di sana. Kami semua tengah tidur malam di dalam khemah bila tiba-tiba khemah bergegar! Arghh…owh no! Emu datang cari makanan. Emu…tolong la pergi tempat lain atau sekurang-kurangnya khemah orang lain. Diorang ada lagi banyak makanan yang sedap-sedap. Mengapa kau datang ke khemahku wahai emu…huhu. Asal maghrib menjelang je..emu mesti muncul.

Saya masih ingat, pada masa itu penganjur mengatakan bahawa kami akan ada aktiviti JUNGLE TRACKING..yes, jungle tracking, 2 jam sahaja ok. Kami hanya boleh bawa satu botol air mineral kecil sahaja. Nothing more. Disebabkan pada masa itu saya masih naughty, maka saya seludup coklat sekali..hehe..orait, time to go! Orang laki jalan dulu. Setengah jam kemudian kami jalan. Adeih..2 jam sudah, gunung 1 dah naik and dah turun tp ada gunung lagi depan tu..awat tak sampai-sampai tempat khemah ni?Ada gunung yang batu2 sahaja, takde pokok. Celah batu tu adala kangaroo liar. Ada gunung yang kami hanya daki dan turuni melalui cerun , slack sikit je masuk gaung dan ada juga yang macam belukar. Seriously, gunung yang pasir-pasir dan berbatu paling mencabar skali. Kalau tergelincir, takde apa nak berpaut..huhu. Hati saya memang menggerutu..Diorang ni tak survey ke track?

Ujian datang lagi! Di atas gunung itula tetiba Ms Zer pengsan. Ya Allah..line telefon takde…ikhwah ntah jauh dah sampai mana. Jangan panik..tenang semua. Tuan P potong pokok menggunakan pisau lipatnya untuk buat stretcher. Hanya dengan kuasa Allah pokok tu patah..huhu. Kami ngeri sebab Ms Zer asyik sebut “Mama….mama.” kalau apa-apa jadi kat Ms Zer ni, apa kita nak jawab kat mama dia? Kami kuatkan juga semangat memapah Ms Zer mendaki dan menuruni gunung yang tak pasti di mana penghujungnya. Tetiba, dalam keadaan Ms Zer yang begitu, di puncak gunung berbatu, Ms Mal pula digigit lipan. Aduh..ujian apakah ini..

Kami terus berjalan, kami perlu kuat! Sampai dapat signal, kami telefon ikhwah..Apa? Dah sampai khemah? Sila patah balik dan hantar rescue team. Panggil paramedic ke, ranger ke..

Kami berjalan sampai akhirnya kami bertemu dengan anak sungai yang penuh berudu. Kalau berudu boleh hidup dalam sungai yang jenih ni, means sungai ni tak kena pencemaran la kan? Hurmm….apa lagi, dengan lafaz Bismillah, kami pun minum air sungai tu. Ahh..sejuk dan nyaman sekali. Waktu hampir maghrib dan kami perlu solat jama’ Asar+Zuhur. yang belum ditunaikan.

Selesai solat, van pun datang. Saya sempat melihat van itu buat kona baring. Ye..van penyelamat yang membawa makanan. Beberapa orang akhawat cepat-cepat ke arah van itu. Lapar benar gamaknye..hee

Buka je pintu van, kecewa!

Sardin dah tumpah. Ni mesti gara-gara kona baring tadi..

Itulah mukhayyam paling sadis pernah saya lalui..I miss those times.

Posted in Demi perjuangan, Warna warni kehidupan | Leave a comment

Mari kita lakar graf ekonomi orang Melayu

Malam tadi saya ada usrah di MMU. Singgah sebentar di Proclean Laundry, sekadar untuk collect duit dan bertanya khabar staff saya. Erk..staff suami saya.

“Awak dah pegi ke Tutti Frutti kat sebelah ni? Akak tak sempat nak singgah lagi.” saya memulakan perbualan.

“Kawan saya yang bukak ni. Dulu dia housemate saya. Ex-MMU.”

Saya terkesima.

“Housemate awak? Berapa umur dia?”

“Sebaya saya…25 tahun!”

Saya bangga…saya cemburu akan kegigihannya.

“Awak tahu berapa kos nak bukak Tutti Frutti? Akak dah penah tanya dulu..600 ribu! Terus akak tak jadi nak bukak..huhu.Anak orang kaya ke dia?”

“Tak la…biasa-biasa aje”

See readers…semua orang boleh jadi usahawan! Kerana saya juga dalam bidang perniagaan, saya berani mengatakan bahawa alliance orang Melayu dalam bisnes semakin kuat. Saya pasti, kita sedang melakar graf ekonomi kita sendiri.

Owh yes..selama ni, bila kita cakap pasal bisnes, kita hanya akan terbayang bisnes yang besar-besar sahaja..Construction, accounting firm, advertising company dan sebagainya. But believe me, lagi besar satu bisnes tu, kebarangkalian untuk company tu banyak hutang adalah tinggi. Dan jangan pandang remeh orang yang ada bisnes kecil kecil..jual air tepi jalan, pasar malam, kedai mainan dan sebagainya. Mungkin mereka juga jutawan! Lebih penting lagi, mereka tak banyak hutang! Tadaa….

Posted in Warna warni kehidupan | 2 Comments

What is this?

Nyum…nyum…nyum..sedapnya rangka ayam pasar malam ni. Teringat kenangan di Adelaide masa *tak ingat* kami berjualan di Barr Smith Lawn. Kami jual rendang dan macam-macam lagi termasuklah itu. Then came one Mat Saleh,

“What is this?”

“Chicken skeleton!” jawab Cik Zer spontan.

And all of us laughed..haha..bukan chicken skeleton la. CHICKEN FRAME!

p/s: I totally forgot this story. Thanks to Whatsapp yang kini menjadi medan untuk Warga Adelaide berkongsi cerita. Saya tuliskan di sini supaya bila saya tua nanti, saya akan dapat membacanya semula dan sengih-sengih.

Posted in Warna warni kehidupan | Leave a comment