Flinders Rangers…Alligator Gorge..Emu dan ….

Dua kali saya pernah ke sana. Pertama kali adalah ketika saya berjaulah bersama anak-anak usrah dan kali kedua bersama teman-teman yang lain. Takjub dengan ciptaan Allah tatkala berjalan di celah-celah batu itu. Cantik! Confirm bukan ciptaan manusia. Rasa gerun mula menyelinap bila membayangkan bahawa 2 buah gunung batu-batu di kiri dan kanan saya runtuh. Adakah pasukan penyelamat akan berjaya menemui saya? oh..alangkah kerdilnya..

Ini rupa emu untuk sesiapa yang tak kenalSememangnya Flinders Rangers menyimpan seribu satu kenangan yang indah-indah. Masih teringat kami bermukhayyam di sana. Kami semua tengah tidur malam di dalam khemah bila tiba-tiba khemah bergegar! Arghh…owh no! Emu datang cari makanan. Emu…tolong la pergi tempat lain atau sekurang-kurangnya khemah orang lain. Diorang ada lagi banyak makanan yang sedap-sedap. Mengapa kau datang ke khemahku wahai emu…huhu. Asal maghrib menjelang je..emu mesti muncul.

Saya masih ingat, pada masa itu penganjur mengatakan bahawa kami akan ada aktiviti JUNGLE TRACKING..yes, jungle tracking, 2 jam sahaja ok. Kami hanya boleh bawa satu botol air mineral kecil sahaja. Nothing more. Disebabkan pada masa itu saya masih naughty, maka saya seludup coklat sekali..hehe..orait, time to go! Orang laki jalan dulu. Setengah jam kemudian kami jalan. Adeih..2 jam sudah, gunung 1 dah naik and dah turun tp ada gunung lagi depan tu..awat tak sampai-sampai tempat khemah ni?Ada gunung yang batu2 sahaja, takde pokok. Celah batu tu adala kangaroo liar. Ada gunung yang kami hanya daki dan turuni melalui cerun , slack sikit je masuk gaung dan ada juga yang macam belukar. Seriously, gunung yang pasir-pasir dan berbatu paling mencabar skali. Kalau tergelincir, takde apa nak berpaut..huhu. Hati saya memang menggerutu..Diorang ni tak survey ke track?

Ujian datang lagi! Di atas gunung itula tetiba Ms Zer pengsan. Ya Allah..line telefon takde…ikhwah ntah jauh dah sampai mana. Jangan panik..tenang semua. Tuan P potong pokok menggunakan pisau lipatnya untuk buat stretcher. Hanya dengan kuasa Allah pokok tu patah..huhu. Kami ngeri sebab Ms Zer asyik sebut “Mama….mama.” kalau apa-apa jadi kat Ms Zer ni, apa kita nak jawab kat mama dia? Kami kuatkan juga semangat memapah Ms Zer mendaki dan menuruni gunung yang tak pasti di mana penghujungnya. Tetiba, dalam keadaan Ms Zer yang begitu, di puncak gunung berbatu, Ms Mal pula digigit lipan. Aduh..ujian apakah ini..

Kami terus berjalan, kami perlu kuat! Sampai dapat signal, kami telefon ikhwah..Apa? Dah sampai khemah? Sila patah balik dan hantar rescue team. Panggil paramedic ke, ranger ke..

Kami berjalan sampai akhirnya kami bertemu dengan anak sungai yang penuh berudu. Kalau berudu boleh hidup dalam sungai yang jenih ni, means sungai ni tak kena pencemaran la kan? Hurmm….apa lagi, dengan lafaz Bismillah, kami pun minum air sungai tu. Ahh..sejuk dan nyaman sekali. Waktu hampir maghrib dan kami perlu solat jama’ Asar+Zuhur. yang belum ditunaikan.

Selesai solat, van pun datang. Saya sempat melihat van itu buat kona baring. Ye..van penyelamat yang membawa makanan. Beberapa orang akhawat cepat-cepat ke arah van itu. Lapar benar gamaknye..hee

Buka je pintu van, kecewa!

Sardin dah tumpah. Ni mesti gara-gara kona baring tadi..

Itulah mukhayyam paling sadis pernah saya lalui..I miss those times.

About affizamohammad

Dilahirkan pada 1 Mei 1984. Ayah & Emak perkenan untuk memberi nama Siti Affiza Mohammad kepada anak ke-2 mereka. Membesar di Telok Panglima Garang, Selangor. Latar belakang pendidikan: - TADIKA KEMAS Batu 9 Kebun Baru (1990) - Sekolah Kebangsaan Kebun Baru (1991-1996) - Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1997-1999) - MRSM Balik Pulau, Penang (2000-2001) - Sunway College (2002-2003) - The University Of Adelaide, Australia (2004-2006) Mengikat Mitthaqan Ghaliza dengan Muhamad Riduan bin Ramli pada 9 Mac 2008.
This entry was posted in Demi perjuangan, Warna warni kehidupan. Bookmark the permalink.

Leave a comment