2 jenis mad’u

Read carefully. M.A.D’.U.
NOT madu!

Hehe…mungkin ada banyak la jenis mad’u tapi hari ni saya nak sebutkan 2 sahaja.

Golongan pertama adalah golongan bijak pandai. Usually orang yang Visual atau Auditory. Selalunya top students,belajar di luar negara, dalam negara pun ada juga especially di IPT ternama, professionals dan yang seangkatan dengannya. Mereka ni adalah knowledge seeker. Pengalaman saya mendekati mereka adalah dengan cara ilmu dan kepintaran bercakap/berhujah. Ilmu kita mesti tip top. Dalil dan hujah kena hafal. Sekali-sekala buat aktiviti santai mcm makan ais krim di pantai.

Golongan kedua adalah golongan yang saya kategorikan sebagai kinestatik. Mereka ‘nampak’ tak berminat dengan usrah, tak boleh nak commit dll. Saya nak ingatkan diri saya di sini, kalau mad’u tak jadi…itu bukan salah mad’u. Muhasabah diri sendiri dulu ye. Pengalaman saya mendekati golongan ini, banyakkan aktiviti santai dan fizikal. Kinestatik kan! Contohnya: panjat bukit, kayak, aktiviti pantai dll. Usrah dan ceramah berpanjangan kurang berkesan. Sekali sekala ok.

Kenali kategori mad’u adalah fasa paling penting dalam tajmik. Supaya kita dapat rancang strategi dan aktiviti yang terbaik utk mereka.

Jangan ikut kebiasaan kita sahaja. Jangan pukul rata semua!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Berjiwa besar

Dakwah ini bukan untuk orang yang manja,
Dakwah ini bukan untuk si hati tisu,
Dakwah ini tidak mudah,
Kerna syurga bukan murah.

Jangan kita cepat melatah,
Datang si dia memberi pendapat,
Untuk melajukan dakwah,
Untuk manfaat mad’u,
Tapi kau anggap dia menuduh kau tidak buat kerja,
Kau korek-korek kesilapannya,
Kau gali khilafnya,
Agar kau boleh kata…alah dia pun sama.

Dalam hidup ini,
Kejayaan seringkali menyebelahi orang yang fleksibel,
Iaitu orang yang besar jiwanya,
Tidak melihat keuntungan dirinya sahaja,

Jarang sekali kejayaan bersama orang yang defensive,
Yang akan fikir apa orang kata,
Yang sentiasa rasa dia betul sahaja,
Yang selalu kata, aku dah buat dah ni.

Di mana kita?

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kepelikan baru

Dulu,
Semua orang semangat beramal.

Dulu,
Duat tidak putus berbincang tentang amal.

Dulu,
Duat sibuk meningkatkan tsaqafah.

Dulu,
Ukhuwahnya padu.

Dulu,
Semangat ruhinya kuat.

Dulu,
Tak keruan rasanya bila sehari tak berjumpa sahabat sefikrah.

Dulu…
Dulu…
Dulu…
Telah berlalu…

Hari ini,
Aku melihat kepelikan baru.

Hari ini,
Bila sahabat bertanya tentang amal,
Dia tak suka,
Dikatakan itu bukan urusan dia.

Hari ini,
Jangan jaga tepi kain duat yang lain.
Jangan sibuk tentang urusan tajmiknya.

Hari ini,
Bila diberi cadangan utk menambah baik,
Dikata itu ingin mencantas.
Ini tidak ikut saluran.

Hari ini,
Buku Muntolaq pun tak hadam,
Buku Hazad Deen pun tak boleh nak ulas,

Hari ini,
OK utk bincang tentang keluarga, harta dan kekayaan,
Tapi jangan sekali,
Kau tanya tentang amalnya.

Ya Allah…
Sesungguhnya dakwah ini milikMu.

Ya Allah…
Aku kata kerana aku cinta.

Ya Allah…
Pandanglah aku,
Kasihilah aku,
Limpahkan rahmatMu padaku.

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment

Tunduk

Bila rasa seperti sudah tiada harapan lagi,

Kenangilah kisah Hajar dan Ismail yang ditinggalkan Nabi Allah Ibrahim di tengah padang pasir yang tandus. Tiada bekalan. Tiada bantuan dari insan. Yang ada hanyalah haraoan pada Tuhan. Asbab ikhtiarnya Hajar, di antara Safa dan Marwah, dikurniakan buatnya zam zam. Yang menjadi azimat sepanjang zaman.

Bila rasa sepwrti sudah tiada jalan keluar lagi,

Kenangilah kisah Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan nun. Hukuman Tuhan buat pendosa. Yang meninggalkan dakwah pada kaumnya. Tidak mampu dicapai dek akal bagaimana akan keluar. Sunnahnya, pasti lunyai dihadam oleh ikan. Namun, kuasa Tuhan tiada penghalang.

Tunduklah dikau hanya pada Tuhan. Yang Memberi tanpa sempadan. Pintalah hanya pada Dia. Yang memiliki segalanya.

Wahai Tuhan,

Pandanglah hambaMu ini…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tajmik: Menjala atau Memancing

“Mana yang lebih sesuai kak? Nak kaut ramai-ramai ke atau nak cari seorang-seorang?”

Well, jawapannya ada pada diri daie itu sendiri. Daie perlu cepat membaca waqi’ sebelum membuat keputusan samada mahu menggunakan jala atau pancing.

Di banyak ketika, saya akan menggunakan teknik jala. Tapi awas, kalau menjala kemudian dapat ikan yang pelbagai dan tidak tahu nak buat apa dengan ikan tu pun tak berguna juga kan. So,menjala la dengan bijak dan asingkan ikan-ikan dengan bijak. Terbaik kalau menjala di laut,dapat ikan banyak kemudian masukkan dalam kolam dan pancing.

Faham ke?

Posted in Uncategorized | Leave a comment

TAJMIK & MUAYASYAH

Macam-macam program dah buat tapi mad’u tetap tak melekat.

Macam-macam hadiah dah bagi tapi tetap tak rasa rapat.

Dah berkali-kali pergi ziarah dan dah banyak kali juga belanja makan tapi masih macam tu juga.

Di mana silapnya?

Ada yang kata tajmik dulu, kemudian muayasayah lepas tu baru tafahum. Kena buat step by step. Betul ke?

Jika ditanya pada saya, proses tajmik merangkumi semua itu. Tajmik, muayasyah dan tahafum bukanlah perkara yang terpisah-pisah. Ianya perlu dilakukan serentak dan secara sedar.

Muayasyah adalah kita masuk ke dalam kehidupan madu SEHINGGA wujud rasa SELASA dan PERCAYA antara murobbi dan mutorabbi.

Largely bergantung kepada keperibadian murobbi itu sendiri (hubungannya dgn Allah, cara dia bawa diri dll) dan kedua adalah ilmu dan tsaqafah serta kefahaman yang ada pada dirinya.

Kadang2 murobbi tak perlu cakap dan buat banyak pun tp mad’u nya selesa dan percaya pada dia.

Selagi tidak wujud rasa selesa dan percaya, maknanya muayasyah kita belum berjaya walaupun sudah beribu msg kita bagi..banyak duit habis untuk belanja makan dan beribu hadiah..dah ziarah dia dan lain-lain.

Kecuali dia adalah mad’u yang Allah belum mahu dia diberi hidayah lagi.

Personally, saya akan bersedia untuk bertemu dengan mad’u. Sehinggakan nak pakai baju apa pun saya plan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kematian yang menginsafkan

26 Februari 2016

Itulah kali terakhir saya menatap wajah ayah yang sangat saya sayangi. Ayah yang akan call saya setiap Jumaat dan tanya saya di mana? Tak balik kampung ke? Sejak hari itu…tiada lagi call dari ayah dan saya amat merinduinya. Ayah dalam memori saya adalah yang baik-baik sahaja. Tiada yang buruk. Moga Allah rahmati roh ayah dan hingga bertemu lagi ya ayah.

Pagi Jumaat itu, saya menerima panggilan dari Oep, menangis! Katanya ayah sudah tidak membuka mata sejak pukul 5 pagi. Tanpa fikir panjang, saya terus capai apa yang sempat, siapkan anak-anak dan masuk ke dalam kereta.

Sampai kampung pukul 9.00pagi. Terus meluru ke arah ayah..saya pegang tangan ayah. Saya panggil ayah. Ayah memberi respon. Saya minta dia lembutkan tangan, ayah lembutkan tangan. Dan ayah sentiasa menggamit tangan saya untuk memegang tangannya.Saya tahu..ayah tahu dan dengar apa yang saya cakap. Mata ayah tertutup rapat. Tiada suara yang keluar.

Saya ajarkan ayah mengucap. Saya kata pada ayah, ‘Kalau dah sampai masa untuk ayah pergi..ayah pergilah di hari yang mulia ini. Hari ini hari Jumaat. Kami semua redha. Kami semua minta maaf. Anak-anak dah maafkan semua salah ayah.Ayah pergilah pada Allah. Ayah jangan takut. Kehidupan lebih bahagia dia sana insyaAllah. Ayah mengucap ye..’

“Ayah ingat tak masa kita pegi umrah, ayah gembira sangat. Ayah suka sangat di Rumah Allah. Sekarang ayah nak kembali pada Allah. Ayah mesti akan lebih gembira”

Saya terus ajar ayah mengucap, menyebut Allahu Ahad sampai bercakap-cakap ringkas dengan ayah.

Jam 11..ayah bernafas laju. Saya tahu sudah sampai masa untuk ayah pergi meninggalkan kami. Malaikat maut pastinya ada bersama kami. Wahai malaikat, please be nice to my dad.

Saya terus berdiri dan meletakkan tangan saya perlahan di leher ayah sambil mahu membaca Surat Al-Fajr: ayat 27-28

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Tiba-tiba, saya merasakan bagai ada satu biji bola ping pong di leher ayah. Yupp…saya tidak silap..lama saya rasakan. Hinggalah ayah menarik nafasnya yang terakhir dan bola itu hilang.

Pergilah ayah…menuju Tuhanmu yang amat dicintai. Damailah ayah di sana. Meninggalkan dunia yang fana ini. Kami juga pasti akan menyusul. Anakmu ini akan terus mendoakanmu setiap hari hingga ke akhir nafasku insyaAllah.

Al-Fatihah.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tarbiyyah Gen Y

Assalamualaikum wrt wbt,

Ehehehe..ikut suka saya bila nak tulis blog. Whenever I feel like writing, I will write. Kalau takde..senyap-senyap la.

Lately, isu yang berkisar di dalam perbincangan ikhwah akhawat adalah mengenai tajmik dan kemenjadian anak-anak usrah. Dan ramai yang mula mencari-cari formula, bagaimana cara terbaik untuk mentajmik Gen Y. Saya agak confuse di sini. Betul ke it is about generation gap?

Hassan Al-Banna tidak pernah membawa sesuatu yang lain dari apa yang Rasulullah bawa. Hassan Al-Banna mentajmik, melakukan dakwah terang-terangan dan tersembunyi sama seperti Rasulullah s.w.t. Bukankah masa yang memisahkan mereka berdua beribu tahun lamanya? Tidakkah terdapat generation gap di situ? Tp mengapa cara dan hasil mereka sama?

Pokoknya..bukan generation gap. Tapi sikap dan kesungguhan dai’e itu sendiri. Gen Y dilahirkan sebagai manusia sebagaimana Gen X, Baby Boomers dan lain-lainnya. Tidak pula mereka lahir sebagai robot dengan wayar berselirat.

Justeru, fahamilah tajmik dan jiwa manusia. Kuatkan jiwa kita juga agar tidak malas buat tajmik. Ingat tau..takde istilah graduate dalam tarbiyyah. Dan ingat juga bahawa kufur itu agama yang satu. Therefore, bersungguh-sungguhlah mengejar syurga!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sayonara jahiliyyah

Sayonara jahiliyyah adalah satu topik dalam siri daurah tarbiyyah yang dilalui oleh kebanyakan orang tatkala mereka baru mengenal dakwah dan tarbiyyah. Bermula dari titik inilah mereka berusaha dan bermujahadah meninggalkan segala karat-karat jahiliyyah yang mungkin masih tipis atau mungkin juga telah menebal dalam diri.

Saya masih ingat, antara contoh yang paling kerap diberikan adalah seperti menonton cerita-cerita lagha, main games, anime dan yang seangkatan dengannya.

Pokoknya, waktu lapang bagi seorang daie adalah bukti kelalaiannya.sigh…

Tapi semuanya berkisar mengenai jahiliyyah dalam diri. Kini, saya merasakan bahawa bahan ini perlu di upgrade. Zaman telah berubah. Jahiliyyah semakin laju. Pengisian kita tidak boleh berputar pada perkara yang sama. Arus jahiliyyah seperti modenism, pluralism, liberalism, muslim moderate amat perlu ditekankan.

Jika duat tidak mengkaji dan tidak melawan arus jahiliyyah moden ini..perghhh…tanpa sedar kita sebenarnya menebalkan lagi jahiliyyah dalam diri.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

May 2013

MasyaAllah…Tabarakallah! Saya sangat bersyukur. Bulan Mei, 2013 adalah bulan yang sangat-sangat bermakna dalam hidup saya. Bukan sebab ini bulan birthday saya dan suami but it is because of the surprise yang ‘My Man’ bagi. A simple one but very meaningful dan berjaya membuatkan saya tersenyum lebar.

Bukan itu sahaja, dalam bulan Mei ni, banyak benda baru saya belajar dalam hidup saya secara peribadi dan dalam dunia perniagaan terutamanya. I met so many genuine businessmen (and businesswomen) yang started their bisnes with zero knowledge until they became silent millionaires tapi masyaAllah mereka tidak lokek ilmu.

Banyak benda baru saya belajar…sangat banyak. Dan sangat banyak peluang yang datang pada saya bulan ini. Banyak juga duit yang keluar dari poket saya tapi saya lah yang membuat keputusan mengeluarkan duit itu untuk menambah nilai pada diri saya sendiri dengan harapan saya dapat menambah nilai pada orang lain juga suatu hari nanti.

In a way, saya juga sebenarnya telah decline satu peluang untuk further MBA di luar negara. Walaupun pada asalnya, enrol untuk MBA termasuk dalam wishlist saya tahun ini tetapi saya membatalkannya pada Mei 2013. Dulu saya nak sangat buat MBA ni sbb saya dah 5 tahun buat bisnes tapi saya tak pernah (kalau ada pun sikit-sikit masa final year dulu) belajar bisnes secara formal. Saya rasa saya buat bisnes secara membabi buta. Namun perancangan Allah lebih besar. Bila saya dah sit for exams etc…tiba-tiba Dia tunjukkan jalan di mana saya boleh belajar ilmu bisnes yang lebih praktikal (bukan teori macam di university) dari orang yang saya rasakan amat ikhlas untuk berkongsi ilmunya. At this point of time, saya dah tak berkira untuk invest puluhan ribu ringgit untuk belajar. Puas hati sebab saya belajar dengan duit yang saya cari sendiri

Well…apalah ertinya belajar bisnes dari orang yang tak pernah jual walau sebatang pen meskipun dia adalah professor bisnes yang amat hebat di universitynya. Dia hanya tahu teori kalau dia tak pernah menjual!

Ya Allah, aku amat mensyukuri nikmat-Mu ini dan tunjukkanlah kepadaku jalan untuk menuju syurgaMu.Amin Ya Rabb…

Posted in Uncategorized | Leave a comment