Tadika Asybal

Assalamualaikum wrt wbt

Asybal itu apa? Soalan yg selalu ditanya pada saya. Asybal tu maksudnya anak singa! Ye kita mahu anak2 kita jadi berani, bukan pengecut..

InsyaAllah saya akan membuka tadika kedua saya thn depan di Tanjung Minyak. Ramai yang telefon utk register, insyaAllah bulan December Puan ye.Tadika Aulad Musleh dah boleh daftar sekarang.Hurry up mama, places are limited!

Alhamdulillah dah nearly 40 students utk 2012. So far kami hanya mampu accommodate 60 org pelajar sahaja di Tadika Auld Musleh.

Sabtu lepas, semua teachers dikerahkan utk mengecat di Tadika Asybal. Waduh3..flat.Tggu furnitures sampai from China, then we’ll move on..Haih kargo..cepatla sampai..tak sabar nak pasang playground yg besar tu..

Oh yes..ada vacancies utk teaching positions.Anyone interested?

Posted in Tadika Asybal | Leave a comment

Esok

Esok birthday Nasuha..Besar dah anak ibu, dah 2 thn pun.

Actually Rabu lepas sepatutnya ada ‘Fun Day with Marrybrown’ tp Teacher Fiza lupa nak call Marrybrown, so parents request utk buat on Friday.Luckily Friday adalah birthday Nasuha..waa..can’t imagine cane excitednya dia esok.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

China

Saya dan baby Furqan baru kembali dari China. Alhamdulillah Furqan behave masa ibu memborong barang-barang keperluan tadika. Cuma bila dah petang sikit Furqan mula grumpy dan tak senang duduk. Solutionnya, Furqan kena balik hotel dan duduk ngan Makcik Ajim di hotel. Ibu sorang-sorang gi beli barang. Tp Furqan pulak menangis non-stop..huhu

Apa yang saya perhatikan, tak semua penduduk di China hidup senang. Mereka bekerja keras.Ya! sangat kuat mereka bekerja. Ya Allah, kita masih jauh ketinggalan di belakang..kita masih lagi bersenang lenang, goyang kaki dan menganggur.

Tiada motosikal di sana. Ramainya naik basikal dan basikal inilah yang digunakan utk mengangkut apa saja. Ada sekali saya nampak seorang pakcik tua bawa 3 biji tong gas naik basikal!

Dalam scene lain, ada seorang lelaki bawa, 2 biji katil, tilam pun 2 biji dan 3 biji kerusi naik basikal…can u imagine that?

4 hari di China, saya banyak muhasabah diri…kita hidup terlalu senang.

Posted in Uncategorized | 2 Comments

2 tahun!!

Yes..2 years! and I come back after 2 years!
Last post adalah masa preggy Nasuha. 18 Nov ni Nasuha berumur 2 tahun. dan Nasuha dah ada seorang adik yang berumur 9 bulan hari ini..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

When my baby kicks…

Adakah anakku sedang bersilat-silat di dalam perut? Atau mungkin sedang melakukan aksi-aksi acrobatics.

First time nampak movement dia masa second check up. Masa tu about 7 weeks. He was like showing off his hands and legs.Lepas satu, satu dia tunjuk. “Mummy, this my hand, this is my leg”. And then, baby pun sleep.

As baby grow older, dah bleh rasa dia punya acrobatic. Kalau dilayan bercakap lagi la best. My baby is responding to my words! But rarely to my hubby’s..huhu

Now, every time check up dia akan bergerak dgn aktifnya. Kejap pusing sana, kejap pusing sini. Even kaki dia baru 3cm, dia punya tendang sampai saya tak leh tido.

Aduhai anakku….

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Guli

Dulu kita semua budak-budak…masa saya kecik-kecik, saya suka main guli.Tapi entah kenapa, hari ini bila ada ‘anak-anak’ saya yang membawa guli ke sekolah, saya akan ‘menyimpan’ guli mereka. Dalam hati saya, saya sebenarnya risau depa akan tertelan guli tersebut.Saya musykil, kenapa budak-budak kecik dari zaman dulu sampai sekarang suka main guli? Kenapa saya macam tak bagi budak-budak ni main guli?

Ermmm….sebenarnya, saya pernah tertelan guli masa kecik-kecil dulu…hahahaha…

Posted in Fasa kehidupan | 2 Comments

Buta komputer membawa kepada syirik

Gara-gara buta IT

Gara-gara buta IT

Adakah kawan-kawan percaya atau setuju dengan tajuk saya seperti yang di atas? Setuju atau tidak, saya perlu tegaskan bahawa apa yang akan saya tulis sebentar nanti adalah KISAH BENAR. Seperti biasa, watak, tempat kejadian dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya akan saya rahsiakan. So, jangan ada sesapa yang berani tanya pada saya.

Di suatu malam, Busan mengajak rakan-rakan serumahnya datang ke biliknya. Mereka semua adalah pelajar-pelajar di sebuah IPT tempatan. Rakan-rakan Busan duduk mengelilingi Busan yang sedang menggodek-godek komputer. Busan membuka sebuah laman web.

Tertera ruangan soalan di laman web tersebut. Busan pun menulis, siapa yang berada di dalam bilik ini. kemudian ENTER! Tiba-tiba terteralah jawapan:

Badul, State, Apam, Grass, Botak dan Lembut.

“Ish…macamana dia tau?”

“Merepeklah”

Itu adalah antara reaksi spontan mereka. Busan menambah soalan, ” Siapa yang tak percaya” Enter!

Badul dan Grass

“Di mana kamu tinggal?”

Di atas pokok luar kolej XXX

Semua memandang muka Badul dan Grass. Busan semakin galak. Dia mula menaip soalan-soalan yang berkaitan dengan rakan-rakannya. Lutut yang lain mula menggeletar kerana jawapan yang keluar semuanya betul belaka! Pendek kata mereka percaya bahawa ada satu spirit di sebalik laman web tersebut yang mampu memberi jawapan kepada soalan-soalan Busan dan soalan-soalan mereka.

Mereka mula lemah semangat. Ada yang demam-deman sampai overdose panadol. Ada yang tak boleh celik mata langsung sebab kalau celik mata akan nampak hantu. Macam-macam…

Mereka tidak tahu bahawa mereka telah ditipu oleh Busan yangmempermain-mainkan mereka menerusi game tersebut.

Budak-budak ni pulak buta IT dan tidak kuat iman sampai tak boleh terpikir yang game macam tu boleh wujud dalam dunia sekarang. Secara tak sedar, game tersebut boleh membawa syirik kepada mereka yang mempercayai spirit atau jin website tersebut.

Pengajaran saya:

  1. Janganlah kita suka sangat mempermain-mainkan orang. Takut orang yang dipermainkan tu nanti percaya sangat sampai lemah semangat dan syirik.
  2. Zaman sekarang kena tau pasal komputer dik. Macam-macam manfaat dan keburukan boleh dapat dgn blaja komputer. Harapnya, iman lah yang akan membantu.
  3. Mane wujud spirit-spirit komputer ni.
  4. TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN HANYA ALLAH YANG LAYAK DISEMBAH!!!
  5. Jangan tanya saya website tu website apa!

Posted in Warna warni kehidupan | 3 Comments

Mr & Mrs Spitzer III

Idok la sampai cenggini skali

Idok la sampai cenggini skali

Hehehe…

Cik Affiza oii..eh silap, Puan Affiza! Bilanya cerita Spitzer nak bersambung?

Hehehe… (Hanya ini jawapan yang mampu diberikan.hehehe…)

Ok la..ok la..sambung la. Nak ambil pedoman kan.

Sebenarnyakan, umah pasangan Spitzer ni ada 5 bilik tidur. Tapi satu bedroom tu dah di convert menjadi office. Normal lah utk ada working area dalam rumah kan tapi apa yang saya nak beritahu adalah… jeng..jeng..jeng…

Office dia dikhususkan untuk menkaji mengenai Islam, kekuatan umat Islam di seluruh dunia, cara-cara memperkuatkan Israel dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya!

Masa mula-mula masuk tu memang berapi la jugak hati saya kan. Rasa nak bakar pun ada tapi ku tahan jua. Mesti ada hikmah yang Allah nak ajar.

Memang betul..hikmahnya sangat besar bila saya bekerja di situ. Dan di situlah terletaknya salah satu sebab musabbab rasa untuk lebih teguh di dalam saff Islam.

Cuba kawan-kawan bayangkan, diorang dah la tua tapi semangatnya macam budak umur 15 tahun. Masa zaman tu, saya tak pernah ada inisiatif nak membelek mana-mana fatwa. Tapi bila saya bekerja di rumah itu, saya boleh membaca fatwa terkini Yusuf Qardawi secara percuma. Yela, dah terletak atas meja. Sambil kemas sambil baca la kan. Bersungguhnya depa. Dia lebih advance dari kita…

Bukan tu je..kawan-kawan kenal sape Umm Nidal? Kalau tahu, alhamdulillah. Kalau tak tahu, sile cari ye.

Dulu saya pun x kenal.Tapi sejak saya terbaca satu interview statement Umm Nidal dgn press mana ntah dalam office tu, balik saya pun search internet. Baru ku tahu dia adalah seorang manusia yang hebat. Membara-bara semangat saya dengan org Yahudi ketika itu.

Bukan sekadar tu, saya juga pernah terbaca satu artikel yang Mr. Spitzer ni tulis pasal Islam. Pasal undang-undang Islam, wasiat, kewangan etc. Masa saya baca, saya tak mengesan satu kesilapan pun kecuali dia kata Muhammad adalah pengasas agama Islam. Tu je..yang lain insyaAllah betul. Adeihhh…

Apa lagi yang saya pernah discover?

Bank statement dia. Bukan saya menggeledah tapi kan saya cleaner. Kena kemas barangan and kertas-kertas yang bersepah. Setiap bulan, tak kurang 10 persatuan Yahudi yang mendapat derma dari dia!

Persatuan Ibu Tunggal Yahudi, Persatuan Orang Buta Yahudi, Majlis Penyelidik Yahudi etc..

Kita ada buat sampai macam tu ke? Kalau derma pun ntah bape kali setahun. Ntah bape hinggit je kan..huhu

Tapi, despite of diorg punye research and daily work yang nampak memusuhi islam, diorg melayan saya dengan baik skali. Selalu bagi saya lemon, buah-buah utk bawak bali. Cakap pun elok2 je.

Well..dalam baik-baik ni pun, kami slalu gak argue pasal Yahudi dan Islam. Nak tau dialog kami?

Tggu next episod…insyaAllah tu yang last.

Posted in Fasa kehidupan | Leave a comment

Waiting..

It is 1.04am

I am waiting for hubby to come home. I pray to Allah that the plant is ok. or at least back to normal. I heard that the pipe (i don’t what it is exactly) tripped and releasing H2S (Hydrogen Sulfide gas). The wind is currently blowing the gas to the nearest kampung. I know hubby and team work hard. Hope he’ll be back soon.

Snippet: Bahagianya dunia kalau sume org yang wat keje dakwah work harder than this team.

The clock is ticking...

The clock is ticking...

Posted in Warna warni kehidupan | Leave a comment

Semangat Juang Yang Membara!

Fuhh..fuhh..darah muda mula membuak-buak.

Kembali pada As-Solah! Kata-kata yang sering diulang-ulang dalam filem Sang Murabbi. Saya dan zauj baru hbs menonton filem yang lebih kurang 1 jam 30 minit ni. Apa yang boleh saya katakan, masih belum ada filem sebaik ini di Malaysia. Lebih-lebih lagi ia mengenai kegigihan seorang murabbi mentarbiyyah. huhu..begitu terasa kekurangan diri ini.

Sejak awal walimah, saya sering memberitahu pada zauj, andai kami dikurniakan mujahid pelapis kelak, saya begitu teringin anak kami nanti menjadi produser filem. Moga mujahid itu nanti akan menghasilkan filem-filem dakwah, cerita-cerita animasi yang berkualiti untuk menggantikan filem-filem merapu hari ini. Doakan kami!

Posted in Demi perjuangan | 1 Comment