Didik anak untuk mereka membalas jasa kita?

Thank you Allah for sending him (baca: En Riduan) to me and thank you Allah for Nasuha & Furqan.

18 Jan ni, Nasuha berumur 2 tahun 2 bulan..Sebelum Nasuha berusia 2 tahun, Nasuha dah boleh menyebut kalimah ‘La ilaha illa Allah, Muhammad Rasulullah’..Bahagia rasa hati, sejuk jiwa kali pertama Nasuha sebut lafaz mulia ini. Nasuha pandai guna perkataan Alhamdulillah dan MasyaAllah. Ibu doakan Nasuha akan membesar jadi anak yang solehah, bijak dan menjadi ummahat mukminin.

Waa..bila Nasuha gi school, lagak dia macam senior. First day of school, Teacher sebut ‘Attention!’, dia pun sambut…”Allahuakbar!”. Budak lain senyap je sambil tengok-tengok Nasuha. Kadang-kadang Nasuha masuk kelas KGI, kadang-kadang masuk kelas KGII. Ikut suka dia je,. Maklumla…sekolah ibu dia kan. huhu..anakku.

Furqan, macam biasa lasak..5 Feb nanti baru nak masuk setahun. Sekarang tengah gigih practise berjalan!masyaAllah.. Go go Furqan! Hobi baru dia adalah pegang pensil dan menconteng atas kertas. Nampaknya Furqan pegang pensil lebih cepat dari kakak, cuma cakap je belum byk perkataan lagi. Alhamdulillah dia tau kalau tulis tu atas kertas je. Kalau tak, pening juga dibuatnya. Dulu-dulu suka berebut mainan dengan kakak, sekarang tak lagi. Nampaknya anak-anak ibu dah pandai sharing. Alhamdulillah…

Ya Allah..takut sebenarnya nak membesarkan anak-anak berdua ni. Berilah petunjuk dan hidayah kepada aku dan suamiku dalam kami mendidik dan membesarkan mereka. Lagi-lagi di zaman ni. Saidina umar pun pernah sebut supaya kita mendidik anak-anak mengikut zaman mereka. Yela, sebagai ibu bapa, kita akan buat apa saja untuk anak-anak kita. Ye, apa saja! Ada orang yang anaknya gemar berfesyen lantas diberikan pelbagai jenis pakaian yang kononnya mengikut fesyen. Kalau anak kat luar negara pun mak dia sanggup post. Hurm..Ada ibu bapa yang mahukan pendidikan terbaik untuk anakknya, maka dilaburkan ribuan ringgit untuk institusi yang bagus dan bermacam-macam lagi.

Tapi saya?

Saya mahu anak saya membesar dengan mencintai ilmu, menjadi Muslim yang qawiy dan menjadi duat yang bakal memimpin dakwah yang kami pikul sekarang. Buat masa ini, hanya itu impian saya. Maka, saya perlu sediakan suasana yang membawa mereka ke arah matlamat itu. Doakan!

Kadang-kadang saya musykil apabila ada ibu bapa yang berjumpa dengan saya dan berkata “Saya harap anak saya akan pandai baca cepat-cepat,  besar nanti jadi orang berjaya. Dapatlah saya tumpang kesenangannya.” Adakah setakat itu sahaja impian Puan? Itu matlamat Puan membesarkan anak-anak? Ada yang mahu anaknya membelikan kereta sebaik sahaja mula bekerja. Mahukan barang kemas dan lagi dan lagi…

Adoii…mendidik anak-anak adalah amanah Allah swt. Kita sepatutnya memberikan yang terbaik pada mereka TANPA SYARAT! Kalau mereka membalas jasa dengan material dan kasih sayang bila dewasa kelak, alhamdulillah. Jika tidak, serahkan saja pada Allah. Yang membalas dan memberi pahala atas didikan kita adalah Allah. Bukan anak-anak. Tapi saya percaya, jika bekalkan mereka dengan ilmu agama yang cukup, insyaAllah mereka tidak akan melupakan kita!

Wallahua’lam.

About affizamohammad

Dilahirkan pada 1 Mei 1984. Ayah & Emak perkenan untuk memberi nama Siti Affiza Mohammad kepada anak ke-2 mereka. Membesar di Telok Panglima Garang, Selangor. Latar belakang pendidikan: - TADIKA KEMAS Batu 9 Kebun Baru (1990) - Sekolah Kebangsaan Kebun Baru (1991-1996) - Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1997-1999) - MRSM Balik Pulau, Penang (2000-2001) - Sunway College (2002-2003) - The University Of Adelaide, Australia (2004-2006) Mengikat Mitthaqan Ghaliza dengan Muhamad Riduan bin Ramli pada 9 Mac 2008.
This entry was posted in Fasa kehidupan, Warna warni kehidupan. Bookmark the permalink.

Leave a comment