Membaca untuk pandai atau untuk dijadikan budaya?

Tadi saya buka buku Bacalah Anakku dan tunjuk pada Furqan..waa begitu teruja bila Furqan meniru saya dgn menjerit ‘aaa…’ Habis semua huruf pun bunyinya ‘aaa…’hehe

Haih..ibu bapa zaman sekarang. Ramai yang tanya homeworks, nak anak tahu bahasa arab, cina, pandai kira dan byk lagi. Agaknya kalau Fizik dan Kimia boleh diajar di tadika, ibu bapa pun nak anaknya pandai Fizik dan Kimia. Saya tak nafikan kehebatan tokoh-tokoh Islam zaman dahulu yang mampu menguasai ilmu sejak kecil lagi tapi tengoklah macamana ibu bapa mainkan peranan. Ramai (bukan semua) ibu bapa hari ini lebih meletakkan tanggungjawab pada sekolah untuk memandaikan anak mereka.Bila anak-anak dihantar ke tadika, kebanyakan ibu bapa mahu anaknya boleh membaca secepat yang mungkin. Alhamdulillah, anak-anak di tadika saya semuanya boleh membaca sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah. Jauh dari sekadar boleh membaca, saya harap anak-anak ini akan menjadikan membaca sebagai satu budaya, bukan hobi sbb hobi hanya dilakukan dalam waktu lapang saja kan?

Semasa saya ke New Zealand saya sempat melawat beberapa buah pre-school. Semuanya tidak mengajar anak2 membaca dan bila mereka masuk Year 1, memang semua tak tahu membaca lagi. Tapi bila kita naik bus dan jalan2, ramainya orang sedang baca buku! Aduhh…macamana ni? Lambat mereka pandai membaca tapi bila dewasa, membaca jadi satu budaya.

Kita di Malaysia, 3 tahun pun dah pandai baca..lancar gitu tapi kenapa membaca masih tidak lagi menjadi budaya? Di mana silapnya?

Saya ada terbaca bagaimana seorang pemimpin parti politik yang sedang menghadapi tuduhan di mahkamah banyak membaca buku untuk melawan serangan emosi dan mental..Waahh itu rahsia dia rupanya. Membaca untuk mendapat aspirasi dan kekuatan dalaman, kesannya juga pasti besar. Akhirnya, dia tidak mudah mengalah!

Orang Islam juga seharusnya mencari kekuatan itu dengan Al-Quran. Kalau kita beli satu mesin yang canggih dan tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya, kita pasti akan buka manual kan? Begitu juga hidup..Allah menciptakan kita di atas muka bimi ini dan Dia berikan kita manual bagaimana untuk hidup tp mengapa kita tidak menggunakan manual ini sebaiknya?Seorang anak muda pernah memberitahu saya bahawa dia sudah 3 tahun tidak membaca Al-Quran! Allah..berilah hidayah padanya.

Banyakkanlah membaca, anda akan membuka dunia!

About affizamohammad

Dilahirkan pada 1 Mei 1984. Ayah & Emak perkenan untuk memberi nama Siti Affiza Mohammad kepada anak ke-2 mereka. Membesar di Telok Panglima Garang, Selangor. Latar belakang pendidikan: - TADIKA KEMAS Batu 9 Kebun Baru (1990) - Sekolah Kebangsaan Kebun Baru (1991-1996) - Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1997-1999) - MRSM Balik Pulau, Penang (2000-2001) - Sunway College (2002-2003) - The University Of Adelaide, Australia (2004-2006) Mengikat Mitthaqan Ghaliza dengan Muhamad Riduan bin Ramli pada 9 Mac 2008.
This entry was posted in Warna warni kehidupan. Bookmark the permalink.

Leave a comment